A A A
Uncategorized

Wang Diperlukan untuk Menghasilkan Wang

Wang Diperlukan untuk Menghasilkan Wang

Sumber Dana

Dengan mengetahui jumlah kos pelaburan perniagaan, usahawan perlu berusaha untuk mencari dana untuk menampung kos tersebut. Antara sumber dana yang boleh diperoleh adalah seperti berikut:

Pembiayaan perniagaan menggunakan tabungan sendiri adalah lebih baik kerana anda tidak perlu berurusan dengan pihak lain. Walaubagaimanapun, anda mungkin tidak mempunyai jumlah modal yang mencukupi untuk satu tempoh masa tertentu, oleh itu sumber dana lain boleh dipertimbangkan.

Kebiasaannya, perniagaan yang memerlukan kos permulaan yang besar akan melibatkan urusan pinjaman daripada pihak institusi kewangan. Usahawan perlu menyediakan pelan pembayaran balik dalam tempoh masa tertentu sekiranya meminjam daripada pelabur luar. Terdapat kemungkinan yang tinggi pemilik perniagaan perlu menyerahkan sebahagian daripada pemilikannya kepada pelabur.

Menggunakan format jadual Kos Pelaburan Perniagaan yang sama, tambah satu ruangan ‘Sumber Dana’:

Berdasarkan kepada jadual, daripada kos pelaburan perniagaan sebanyak RM60,712, sejumlah RM13,520 akan dibiayai oleh pemilik dan baki akan dibiayai oleh pihak ketiga melalui pinjaman.

Apakah Itu Margin Keuntungan Kasar?

Margin Keuntungan Kasar ialah perbezaan antara pendapatan dan kos produk dijual (termasuk kos bahan mentah, pembungkusan dan pengeluaran) atau Untung Kasar dibahagi dengan Pendapatan dan ditulis dalam bentuk peratus. Fungsi margin adalah untuk menentukan nilai peningkatan jualan, panduan meletakkan harga dan keperluan untuk promosi.

Apakah Pendapatan Pulang Modal?

Pulang Modal ialah peringkat di mana perniagaan telah mendapat kembali kosnya. Ia merujuk kepada bilangan unit produk yang perlu dijual atau jumlah jualan yang perlu dicapai oleh perniagaan untuk mengatasi kos. Pulang Modal juga boleh dikatakan sebagai titik di mana jumlah kos dan jumlah pendapatan adalah sama, tidak untung dan tidak rugi. Tujuan analisis Pulang Modal adalah untuk menentukan hasil minima yang diperlukan bagi sesuatu perniagaan itu mencapai keuntungan.

Penyata Kedudukan Kewangan (Penyata Imbangan)

Penyata Kedudukan Kewangan (Penyata Imbangan) ialah penyata kewangan yang menunjukkan nilai perniagaan tersebut untuk satu tempoh tertentu. Ia juga menunjukkan jumlah aset yang dimiliki oleh syarikat tersebut, jumlah nilai liabiliti dan juga jumlah nilai ekuiti pemilik. Penyata kedudukan kewangan (Penyata Imbangan) mempunyai nilai yang seimbang di kedua-dua bahagian kiri dan kanan (Jumlah Bersih Aset = Jumlah Bersih Ekuiti).

Akaun Pengumuran

Pengumuran Penghutang adalah laporan senarai inbois kepada pelanggan yang masih belum dibayar dan digunakan sebagai rujukan untuk pengutipan bayaran tersebut daripada pelanggan.

Pengumuran Pemiutang pula adalah laporan senarai inbois daripada pembekal yang masih belum dibayar dan lazimnya diperincikan dalam satu tempoh masa pembayaran seperti contoh di bawah:

Laporan Pengumuran Penghutang

Laporan Pengumuran Pemiutang

Maklumat di atas betul pada 14 Oktober 2021.