A A A
Uncategorized

Langkah-Langkah Untuk Perniagaan Francais Anda

Francais

Langkah-Langkah Untuk Perniagaan Francais Anda

Permohonan Pendaftaran Francais

Merujuk kepada Seksyen 6 Akta Francais 1998, francaisor atau pemegang francais dikehendaki membuat permohonan untuk mendaftarkan francaisnya dengan Pendaftar Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar, bersama-sama dengan dokumen dan maklumat berikut: –

    • Dokumen pendedahan yang lengkap dengan semua butir-butir yang perlu diisi dalam format dokumen pendedahan adalah seperti yang ditetapkan dalam Borang BAF1
    • Melengkapkan Borang BAF 2 (Profil Pemohon)
    • Membuktikan dan melengkapkan manual operasi  (Bahasa Kebangsaan / Bahasa Inggeris)
    • Manual Latihan (Bahasa Kebangsaan / Bahasa Inggeris)
    • Salinan cap dagang berdaftar atau dokumen hak milik intelek yang disahkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) * jika tanda cap dagang / cap harta intelek telah diberikan kepada pemohon, salinan dokumen / dokumen sah yang telah di sahkan hendaklah dihantar
    • Salinan sijil penyertaan yang disahkan benar (Borang 9 atau 13, 24, 44 dan 49)
    • Akaun teraudit terkini (3 tahun) berserta dengan penyata kewangan, kunci kira-kira dan akaun untung rugi
    • Unjuran kewangan francais selama 5 tahun
    • Gambar prototaip
    • Brosur/ risalah / laporan tahunan syarikat dan
    • Maklumat atau dokumen tambahan lain yang diperlukan oleh Pendaftar untuk tujuan menilai permohonan tersebut

Sumber: www.kpdnhep.gov.my

Perkara-perkara Berkaitan francais di Malaysia dikawal di bawah Akta Francais 1998

Di Malaysia, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) menerajui pembangunan industri francais Malaysia.

Malaysian Franchise Association (MFA) ditubuhkan pada tahun 1994 untuk membantu pelaksanaan program Kerajaan untuk mempromosikan keusahawanan menerusi peluang francais