A A A
Uncategorized

Hab PMKS

INSTITUSI SOKONGAN PMKS

Hab PMKS

Kami Bersedia Membantu

Hab PMKS merupakan platform pusat maklumat setempat bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk memperoleh maklumat dan pengetahuan mengenai perniagaan, mempelajari amalan terbaik perniagaan, serta mendapatkan info penting mengenai permulaan perniagaan, akses kepada pasaran, pembangunan modal insan, sumber kewangan, perkembangan terkini industri dan pelbagai aspek perniagaan yang lain.

Hab PMKS akan dapat melengkapkan PMKS dengan maklumat terkini dan pengetahuan yang tepat serta tertumpu bagi membantu pembangunan PMKS di Malaysia. Menerusi platform ini, pemilik perniagaan boleh mengakses maklumat yang berkaitan secara dalam talian.

Maklumat yang disediakan melalui platform ini merangkumi program pembangunan PMKS yang dilaksanakan oleh semua Kementerian dan Agensi terutamanya oleh SME Corp. Malaysia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta agensinya seperti TEKUN, INSKEN, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKM), SME Bank, Bank Rakyat, UDA Holdings, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Berikut adalah perkhidmatan dan pusat maklumat berkaitan yang terdapat di Hab PMKS:

  • Khidmat Nasihat Perniagaan;
  • Pusat Maklumat (E-mel Info, Talian Info, Live Chat);
  • Hab PMKS Maya (Laman sesawang rasmi SME Corp. Malaysia, Portal MyAssist MSME dan Portal SMEinfo;
  • Galeri Produk PMKS; dan
  • Pusat Sumber.

PMKS boleh mendapatkan khidmat nasihat secara dalam talian bersama kaunselor perniagaan SME Corp. Malaysia secara percuma melalui MeetME dengan melayari Portal MyAssist MSME (https://myassist-msme.gov.my).

Hab PMKS sentiasa memastikan penyebaran maklumat yang cepat, tepat dan menyeluruh kepada PMKS dan orang ramai melalui saluran fizikal dan dalam talian seperti kaunter maklumat, reruai maklumat, e-mel info, talian info serta Live Chat.

Kunjungi Kami Di
Waktu Operasi