A A A
Uncategorized

Panduan Permulaan Bagi Mengeksport

Eksport

Panduan Permulaan Bagi Mengeksport

Sebelum meneroka pasaran eksport, PKS perlu mempertimbangkan faktor-faktor berikut:

PENGELUARAN

  • Boleh mengembangkan kapasiti pengeluaran untuk memenuhi permintaan eksport (cth. Mesin baru)

KEWANGAN

  • Kedudukan kewangan yang kukuh
  • Akses kepada pembiayaan (komersial dan kerajaan)?
  • Memahami instrumen pembayaran

MODAL INSAN

  • Kakitangan yang boleh dilatih dan berpengetahuan (contoh: pengetahuan pasaran, prosedur kastam dan logistik)
  • Mempunyai pelbagai Kemahiran dan boleh bertutur dalam pelbagai bahasa

PEMASARAN

  • Cabang pemasaran yang mencukupi?
  • Akses kepada pelbagai saluran pengedaran?
  • Pengetahuan dalam strategi pasaran eksport (merujuk pelan pasaran eksport)

KEPERLUAN EKSPORT DAN PEMATUHAN

  • Mematuhi piawaian antarabangsa yang diwajibkan, akreditasi dan pensijilan
  • Mematuhi keperluan eksport dan import (permit, pelesenan dan kuota)
  • Mematuhi keperluan pembungkusan dan pelabelan negara pengimport

PERUNDANGAN

  • Mematuhi keperluan undang-undang antarabangsa
  • Memahami Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)
  • Kesedaran mengenai Hak Harta Intelek (IPR)
  • Kontrak Jualan Antarabangsa
  • Pengetahuan dalam perundangan timbang tara dan penyelesaian pertikaian