A A A
Uncategorized

Pengenalan kepada Eksport

Eksport

Pengenalan kepada Eksport

> Apa Itu Eksport?

Pengeksportan ditakrifkan sebagai mengambil atau menyebabkan barang atau komoditi dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut atau udara, menggunakan vesel, kenderaan atau pesawat untuk tujuan perdagangan. Mengeksport adalah cara yang baik untuk mengembangkan perniagaan anda dan jika dilakukan dengan bijakl, dapat meningkatkan lagi keuntungan perniagaan anda dengan ketara.

> Mengapa Perlu Membangunkan Perniagaan Anda Melalui Eksport?

Mendapatkan keseimbangan yang betul di antara perdagangan antarabangsa dan domestik boleh melindungi perniagaan anda jika terdapat kemerosotan pada salah satu pasaran anda. Mengeksport juga akan mendedahkan anda kepada idea-idea baru, teknik pemasaran dan cara-cara bersaing. Cabaran dan kemenangan yang anda alami melalui pengeksport ke pasaran luar negara juga akan membantu mengembangkan kemahiran dan keupayaan anda untuk bersaing dengan lebih mantap di pasaran domestik anda.

> Bagaimana Untuk Mula Mengeksport

Kejayaan mengeksport tidak berlaku secara tiba-tiba atau secara tidak sengaja – ia memerlukan persediaan, perancangan dan komitmen yang teliti.

> Adakah Sokongan Dan Bantuan Disediakan Untuk PKS Yang Menjadi Pengeksport?

Pelbagai inisiatif dan program sokongan disediakan untuk meningkatkan eksport di kalangan pengeksport PKS di Malaysia. Misalnya, MATRADE sebagai agensi promosi eksport Malaysia menawarkan pelbagai program pembangunan pengeksport dan mengatur aktiviti promosi eksport untuk syarikat Malaysia. Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bekerjasama dengan agensi lain seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), SME Corp. Malaysia dan SME Bank untuk melaksanakan inisiatifnya. Tambahan pula, terdapat agensi-agensi terkemuka yang menyediakan inisiatif eksport untuk PKS dalam industri dan sektor tertentu seperti (rujuk jadual di bawah):