A A A

Pengurusan Rantaian Bekalan

Mendapatkan Produk Anda Ke Tangan Pelanggan

Rantaian bekalan adalah sistem yang terdiri daripada setiap individu yang terlibat dalam memastikan produk anda sampai ke tangan pelanggan melalui saluran pengedaran. Ini termasuk proses pengumpulan bahan mentah, pembekal, pengeluar atau pengilang, syarikat pengangkutan, gudang borong, bilik simpanan atau stok dan kerani di meja daftar masuk. Ia juga termasuk tugas dan fungsi yang terlibat dalam pemindahan produk tersebut, seperti kawalan kualiti, pemasaran, perolehan, serta sumber.

Pengurusan rantaian bekalan adalah pengurusan produk atau perkhidmatan daripada permulaan hingga kepada pengguna akhir.

TIPS: Dari segi operasi pengurusan sebuah syarikat perniagaan baru, anda perlu menghasilkan produk dengan kos aliran tunai yang paling minima. Proses ini melibatkan penyumberan luar bagi sebahagian besar daripada pengeluaran awal dan ini akan memastikan kos anda kekal berubah.

Setiap Syarikat, Tidak Kira Betapa Kecilnya Anda Atau Jenis Industri, Anda Boleh Mendapat Manfaat Daripada Kawalan Kualiti (QC). Bagaimana Anda Boleh Mula Melaksanakan Inisiatif QC Di Syarikat Kecil Anda?

Petikan daripada Adam Malden,
ChooseWhat.com Research Analyst and Quality Control (QC) master

 

Mempiawaikan Kawalan Kualiti dengan Proses
Kaedah paling mudah untuk mengendalikan kawalan kualiti adalah dengan mempiawaikan semua proses dari awal hingga akhir. Salah satu cara untuk mempiawaikan ialah dengan mewujudkan satu dokumen bertulis berkaitan proses kerja dan diedarkan kepada setiap pekerja yang bertanggungjawab terhadap kawalan kualiti berkenaan.


Mewujudkan Lokasi Pemeriksaan
Oleh kerana QC merupakan aktiviti yang berulang, pekerja yang bertanggungjawab terhadap aktiviti ini perlu menyemak dengan seorang pengurus projek sepanjang proses QC. Pengurus ini boleh membantu memperbaiki dan membetulkan kesilapan sewaktu proses tersebut dijalankan untuk meminimumkan masa yang diperlukan bagi proses pencarisilapan di kemudian hari.


Mengekalkan Fleksibiliti
Fleksibiliti adalah kunci utama dalam QC. Bagi usahawan syarikat kecil, proses dan prosedur yang terlibat memerlukan penelitian dan penambahbaikan. Kebolehan untuk menggabungkan maklum balas daripada pekerja kepada proses QC adalah penting.

7 Prinsip Peruntukan Ruang

Petikan daripada Retail Business  start-up guide, SmallBizBooks.com

1
1

Mempamerkan semua produk jualan kepada pelanggan Semakin banyak barang jualan yang dipamerkan, semakin tinggi peratusan pembelian daripada pelanggan. Anda mestilah mereka bentuk kedai untuk menarik perhatian pelanggan supaya mereka melawat semua bahagian atau sekurang-kurangnya melihat apa yang anda tawarkan dan kembalikan semula pada masa akan datang. Anda boleh mencapai objektif ini dengan cara meletakkan tanda pada tempat yang strategik, nilai tambah, eskalator, tangga, bilik persalinan dan barangan tertentu. (Kebanyakan pasaraya besar menyediakan produk popular seperti roti dan susu di bahagian belakang kedai untuk menggalakkan pelanggan melalui keseluruhan kedai).

2
2

Meletakkan produk yang paling menguntungkan di beberapa pilihan lokasi yang mempunyai tumpuan pelanggan. Barang yang mempunyai harga tinggi hendaklah diletakkan di kawasan yang mudah dilihat dan dicapai.

3
3

Membendung Kecurian: Simpan produk yang kecil dan mahal di ruangan simpanan berkunci. Anda boleh menggunakan cermin cembung untuk bahagian sisi yang tidak boleh dilihat dari jauh untuk mengurangkan titik buta penglihatan anda dan menggunakan video kamera. Melalui ini, pekerja anda akan boleh memerhatikan segala kegiatan di dalam kedai.

4
4

Eksperimen untuk terus kekal menarik: Sekiranya anda kerap membuat pengubahsuaian terhadap susun atur kedai dan barang-barang jualan, anda hendaklah menggunakan perabot yang boleh mudah alih. Jadi ingatlah ini apabila anda membeli kabinet, rak, lampu dan kelengkapan lain.

5
5

Meletakkan produk yang berkaitan berdekatan; Sebagai contoh, tali leher hendaklah diletakkan berhampiran baju, mesin pencetak berhampiran dengan komputer, pasu bunga berdekatan dengan bunga dan sebagainya.

6
6

Menyusun bahagian berkaitan secara berdekatan antara satu sama lain: Bahagian fesyen melengkapi antara satu sama lain. Kosmetik, aksesori dan barang kemas juga adalah di kawasan yang sama. Buku resepi dan peralatan memasak juga akan menarik perhatian pelanggan. Bahagian dan kategori barangan sepatutnya diselaraskan seberapa banyak yang mungkin untuk kemudahan pelanggan.

7
7

Beri keutamaan kepada produk yang menguntungkan di lokasi terbaik kedai anda Produk yang paling laris hendaklah dieksploitasi bagi meningkatkan jualan di kedai anda.

Memenuhi Keperluan Perniagaan Dalam Talian

Memenuhi keperluan adalah satu peranan yang penting dalam perniagaan dalam talian. Pelaksanaan yang baik akan membezakan anda daripada pesaing-pesaing lain dan menarik pembelian berulang daripada pelanggan. Antara ciri-ciri memenuhi keperluan ialah penerimaan, penyimpanan inventori, perkhidmatan pembungkusan, penghantaran produk serta proses pemulangan produk. Jika jumlah yang diuruskan adalah mudah dikawal, anda boleh membuat penghantaran sendiri menggunakan kurier tempatan atau rakan kongsi penghantaran. Apabila perniagaan anda mula berkembang dan melibatkan jumlah yang lebih besar, anda mungkin memerlukan bantuan tambahan.

Terdapat beberapa pilihan bagi usahawan yang mahu memberi fokus kepada operasi perniagaan berbanding urusan logistik. Antaranya ialah memanfaatkan pilihan penghantaran secara terus dari kilang, di mana pengeluar akan menghantar produk terus kepada pelanggan.

Kaedah kedua ialah dengan melantik satu pihak lagi untuk menguruskan penghantaran, termasuk urusan pembungkusan, perkhidmatan kurier, pengesanan penghantaran, insurans atau mewujudkan satu aplikasi telefon untuk memudahkan perniagaan atas talian.

Maklumat di atas betul pada 14 Oktober 2021.