A A A
PKSLestari

PKSLestari

SCORE

Penarafan Daya Saing PKS Bagi Peningkatan (SCORE)

Konsep Penarafan Daya Saing PKS bagi Peningkatan (SCORE) yang merupakan alat diagnostik bagi menilai dan meningkatkan daya saing PKS berdasarkan prestasi dan keupayaan mereka, mula dibangunkan dan diperkenalkan pada 2007. Pelaksanaan awal telah dijalankan ke atas syarikat-syarikat dalam sektor pembuatan untuk mengukur keberkesanan geran-geran yang diterima oleh syarikat-syarikat bagi meningkatkan prestasi perniagaan mereka. Sejak itu, proses SCORE telah diterima oleh pelbagai sub-sektor di Malaysia kerana ia menyediakan penanda untuk mengukur daya saing dan keupayaan syarikat-syarikat di peringkat firma. SCORE juga telah digunakan sebagai alat bagi tujuan pemadanan perniagaan untuk akses pasaran yang lebih baik dan juga sebagai petunjuk awal bagi tujuan akses kepada pembiayaan.