Panduan Proses Pendaftaran Perniagaan
Apa Yang Anda Perlu Lakukan
Pendaftaran Sebagai Pemilikan Tunggal Atau Rakan Kongsi
Pendaftaran untuk perniagaan pemilikan tunggal atau rakan kongsi di Malaysia adalah untuk warganegara atau permastautin tetap dan hendaklah berusia 18 tahun dan ke atas. Urusan pendaftaran hanya mengambil masa selama 1 jam dan anda boleh memulakan perniagaan serta-merta.
Harus diingat, perniagaan yang didaftarkan mestilah tidak menyalahi mana-mana undang-undang atau untuk tujuan yang salah di sisi undang-undang atau bertentangan dengan keselamatan negara, masyarakat umum atau moral.
-
- Salinan kad pengenalan diri pemilik dan / atau rakan kongsi.
- Permit, lesen, surat kelulusan atau sokongan untuk jenis perniagaan yang hendak didaftarkan contohnya Nurseri Pusat Penjagaan Kanak-Kanak (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah / Kolej (Kementerian Pendidikan Malaysia) atau agensi-agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh pihak Pendaftar Peniagaan. Wang tunai (RM60-RM100) untuk yuran pendaftaran:
- Pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti dalam kad pengenalan – RM30
- Pemilikan tunggal atau rakan kongsi menggunakan nama perdagangan – RM60
- Pendaftaran cawangan – RM5 bagi setiap cawangan
- Maklumat Perniagaan bercetak – RM10
- Nama perniagaan dan aktiviti perniagaan anda.
-
- Nama perniagaan menggunakan nama sendiri seperti dalam kad pengenalan: Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai atau, Ramasamy a/l Muthusamy
- Nama perdagangan ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan mesti mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering atau ABS Unggul Enterprise.
Apabila anda telah bersedia untuk mendaftarkan nama perniagaan anda, lengkapkan Borang Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42) dengan tiga (3) cadangan nama perniagaan. Nama perniagaan akan diluluskan mengikut keutamaan dan akan dikepilkan bersama dengan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) di kaunter.
-
- Nama Perniagaan
- Tarikh mula perniagaan
- Lokasi perniagaan
- Alamat cawangan perniagaan (sekiranya ada)
- Maklumat pemilik dan rakan kongsi
- Jenis perniagaan yang dijalankan
- Salinan Perjanjian Perkongsian (sekiranya ada)
Setiap pemilik perniagaan dan rakan kongsi perlu menandatangani borang yang telah dilengkapkan.
Individu yang bertanggungjawab hendaklah menghantar borang permohonan di kaunter atau melalui atas talian perkhidmatan SSM e-Lodgement di laman web www.ssm.com.my.
Perniagaan baru adalah sah untuk tempoh satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun untuk setiap pendaftaran.
Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperoleh dalam tempoh satu (1) jam daripada masa pembayaran dibuat.
Seorang individu yang menjalankan perniagaan tanpa pendaftaran telah melakukan kesalahan di bawah ROBA 1956 dan jika didapati bersalah akan didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada dua (2) tahun atau kedua-duanya.
Walaupun perniagaan telah didaftarkan, pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapatkan lesen, permit atau surat kelulusan daripada pihak berkuasa terlibat untuk menjalankan perniagaan tersebut.
Nota:
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk panduan secara atas talian di http://www.ssm.com.my/
Maklumat di atas betul pada 14 Oktober 2021.