Menjalankan Operasi Perniagaan Perkhidmatan atau Kedai Runcit
Kebanyakan perniagaan runcit meliputi pembelian barangan atau perkhidmatan daripada pengeluar, pemborong, agen, pengimport atau peruncit yang lain dan menjualnya kepada pengguna akhir.
Ciri-ciri untuk dipertimbangkan:
1. Pengurusan Kedai
Dua elemen utama adalah reka bentuk dan susun atur kedai.
- Reka bentuk kedai perlu menitikberatkan suasana, imej, hiasan dalaman dan hiasan luaran yang mampu memberikan suasana positif kepada pelanggan.
- Susun atur kedai pula melibatkan susunan barangan di dalam kedai.
2. Pengurusan Stok
-
- Membina jaringan pembekal (Operasi satu pembekal utama atau banyak pembekal) dengan mengambilkira penghantaran “tepat pada waktu”.
- Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan pengeluar barangan.
- Membuat jadual penghantaran bekalan berdasarkan masa dan aliran wang tunai.
- Menggunakan sistem berkomputer untuk menerima dan memeriksa stok (perisian pengurusan runcit boleh digunakan untuk mengesan rekod pembelian, penerimaan, jualan, inventori dan laporan stok).
- Simpan stok secara sistematik contohnya bilik stor dengan rak, mudah dicapai dan lain-lain.
- Mempunyai inventori yang mencukupi berdasarkan trend dan musim.
3. Syarat Pembekalan
Kaedah pembayaran tunai atau kredit.
Jika kredit, apakah syaratnya, 30 atau 60 hari?
Syarat penghantaran stok
4. Pembayaran
Sistem titik jualan automatik (Kod produk, resit pelanggan, pembayaran tunai dan kredit)
5. Pelanggan
Pernyataan dasar perniagaan yang boleh dilihat termasuk kaedah pembayaran, syarat pemulangan barang dan sebagainya.
Menawarkan insentif yang menggalakkan pelanggan untuk membuat pembelian seterusnya dengan cara berkongsi maklumat perhubungan mereka dengan peniaga.
Mengutamakan suasana mesra dan khidmat pelanggan yang berkualiti.
Memaksimakan waktu operasi perniagaan untuk memenuhi keperluan pelanggan dan mengimbanginya dengan kos tetap seperti sewa dan utiliti.
6. Pekerja
Menumpukan perhatian kepada urusan pengambilan pekerja dengan menyediakan maklumat terperinci berkaitan kontrak pekerjaan bagi jawatan-jawatan utama dan juga membuat pelaburan bagi latihan pekerja.
Pengguna sering membentuk tanggapan terhadap sesuatu perniagaan dengan menilai tenaga jualannya.
Bahagian ini akan membincangkan tentang operasi harian perniagaan: lokasi, peralatan, pekerja, proses dan suasana persekitaran. Antara keperluan utama yang harus dititikberatkan oleh usahawan adalah seperti berikut:
7. Aspek Keselamatan
Menyediakan ciri-ciri keselamatan di premis perniagaan supaya pelanggan berasa selamat dan juga untuk menggelakkan kes kecurian.
Maklumat di atas betul pada 14 Oktober 2021.