A A A

Penjenamaan

Kenapa Penjenamaan Penting?

Kenapa Ia Penting?

Terdapat pelbagai definisi penjenamaan yang ditakrifkan oleh guru pemasaran; dari teknik pemasaran yang membantu syarikat mewujudkan kehadiran yang unik di pasaran berbanding pesaing mereka. Penjenamaan ini adalah umpana janji kepada pelanggan anda akan apa yang boleh diharapkan daipada perniagaan anda. Berikut merupaan elemen penting yang perlu diketahui oleh semua PKS untuk membina jenama dengan baik:

Terdapat banyak persamaan bagi perniagaan besar dan kecil mencapai kejayaan. Oleh kerana kedua-duanya memerlukan penjenamaan yang baik untuk mencapai nilai yang lebih tinggi dalam memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan berkesan, pengwujudan jenama yang kukuh adalah asas bagi mana-mana perniagaan untuk bersaing dan berkembang dalam sesuatu perniagaan.

Penjenamaan memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan organisasi anda di mata awam. Ia adalah sebahagian daripada strategi perbelanjaan pemasaran bagi PKS. PKS yang berjaya secara lazimnya mempamerkan semangat keusahawanan yang tinggi, dan memanfaatkan semangat itu melalui budaya yang ditakrif untuk menyediakan perkhidmatan dan produk yang inovatif. Malah, imej jenama mestilah disampaikan secara konsisten dan disokong oleh nilai dan budaya sesebuah organisasi. Proses perancangan strategik yang berstruktur baik diperlukan dalam strategi penjenamaan dan membangunkan program pemasaran jualan dan promosi integratif yang mesti sejajar dengan strategi perniagaan keseluruhan untuk mencipta nilai sesuatu jenama itu.

6 Alasan Mengapa Penjenamaan Penting Untuk Perniagaan Kecil Anda:

1. Penjenamaan Meningkatkan Pengiktirafan

Salah satu komponen utama dalam penjenamaan ialah logo anda. Logo adalah “wajah” sebuah syarikat, reka bentuk logo adalah penting kerana grafik tersebut akan diletakkan pada setiap surat-menyurat dan pengiklanan. Reka bentuk logo profesional cukup mudah untuk dilupakan, tetapi cukup kuat untuk memberikan kesan yang diingini terhadap syarikat anda.

2. Penjenamaan Mewujudkan Kepercayaan

Penampilan profesional membina kredibiliti dan kepercayaan. Pembeli akan lebih cenderung untuk membeli dari perniagaan yang kelihatan kukuh.

3. Penjenamaan Menyokong Pengiklanan

Pengiklanan adalah satu lagi komponen dalam penjenamaan anda. Kedua-dua medium yang dipilih dan demografi yang disasarkan untuk pengiklanan akan membina jenama anda. Jika fokus pengiklanan adalah terlalu sempit, syarikat akan kehilangan kemampuan mereka untuk berkembang ke pasaran baru. Jika tumpuan pengkilanan terlalu luas pula, syarikat itu akan gagal untuk mewujudkan gambaran yang jelas pada fikiran para pelanggan.

4. Penjenamaan Membina Nilai Kewangan

Syarikat-syarikat yang berdagang di bursa saham adalah bernilai lebih tinggi dari nilai aset sebenar syarikat itu. Nilai ini adalah disebabkan oleh penjenamaan syarikat yang baik. Penjenamaan yang baik biasanya menjamin perniagaan di masa hadapan. Sama ada syarikat ingin meminjam dana untuk mengembangkan perniagaan atau melancarkan IPO, ini akan lebih memudahkan syarikat. Semakin banyak usaha syarikat untuk membina nilai penjenamaanya, semakin baik pulangan kewangan dari usahanya kelak.

5. Penjenamaan Memberi Inspirasi Kepada Pekerja

Kebanyakan pekerja memerlukan lebih daripada sekadar kerja – mereka memerlukan arah tuju dalam sesuatu kerja itu. Apabila pekerja memahami misi sesebuah syarikat itu mereka akan lebih cenderung untuk bekerja bagi mencapai matlamat yang telah anda tetapkan.

6. Penjenamaan Menjana Pelanggan

Penjenamaan membolehkan syarikat anda dijadikan rujukan dalam perniagaan. Salah satu sumber pengiklanan yang paling menguntungkan adalah sebaran dari mulut ke mulut dan hanya boleh di capai sekiranya syarikat anda telah menyampaikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan anda. Syarikat-syarikat yang menguntungkan, tidak kira kecil atau besar, mempunyai satu perkara yang sama iaitu dengan membina penjenamaan yang kukuh.

Sumber : Small Business Resource Centre

Dengan penjenamaan dan “pembungkusan” yang baik, perniagaan dapat mengembangkan potensi jualannya. Bagaimanapun, kebanyakan PKS mengambil remeh akan kepentingan penjenamaan. 

Berikut ialah beberapa tips yang harus diingat ketika menambah nilai melalui penjenamaan: Ketahui keperluan pelanggan anda, rancang strategi pemasaran anda, membuat senarai keutamaan, berdiri teguh ada perancangan awal anda, Persiapkan strategi dengan budaya yang mencerminkan kedudukan jenama anda, Terjemahkan semua ini ke dalam aktiviti penjenamaan dan komunikasi.