Format Pelan Perniagaan
Anda Sudah Memiliki Idea Perniagaan?
Berikut adalah 30 soalan penting yang perlu dijawab bagi memastikan idea anda adalah berbaloi untuk memulakan perniagaan:
- Adakah anda akan menggunakan produk anda sendiri?
- Bolehkah anda mengenal pasti sekurang-kurangnya 10 orang yang sanggup membeli produk anda?
- Apa yang anda suka? Adakah ia berbeza dengan idea perniagaan anda?
- Bagaimanakah tahap kesukaran masalah yang ingin anda selesaikan?
- Adakah sasaran pasaran anda cukup besar untuk mewujudkan perniagaan yang sebenar?
- Apakah model pendapatan anda dan sejauh mana ia realistik?
- Bagaimana pengasas boleh menjalankan idea tersebut?
- Bagaimana pengasas boleh mengenal pasti apa yang perlu mereka lakukan, selain daripada perkara yang sedia ada?
- Bagaimana pelanggan menangani masalah hari ini?
- Apakah trend terkini yang membolehkan penyelesaian anda mampu dilaksanakan?
- Apakah versi ringkas tentang idea ini?
- Berapa cepat idea ini akan boleh menembusi pasaran?
- Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk anda menyiapkan prototaip pertama daripada idea perniagaan anda?
- Apakah yang membuatkan produk anda berbeza dengan yang lain?
- Berapa banyak wang yang diperlukan untuk membina prototaip pertama?
- Pelanggan hanya akan membeli produk yang ringkas. Sila jelaskan produk anda dalam satu ayat.
- Adakah anda mempunyai kelebihan dari segi persaingan?
- Adakah anda bersungguh-sungguh tentang idea tersebut dan mendedikasikan masa selama 1-2 tahun untuknya?
- Adakah anda mudah mendapat akses kepada 2-3 individu berprofil tinggi yang boleh membantu anda membawa ke arah kejayaan dalam pasaran?
- Adakah anda boleh meyakinkan 1-2 individu hebat untuk bekerja dengan anda sekarang?
- Berapa lama masa diambil untuk penghasilan berskala besar?
- Bagaimana idea ini menjadikan dunia lebih baik?
- Bagaimana idea ini menjadi kreatif, inovatif dan unik?
- Apakah peluang dan risiko yang anda hadapi?
- Bagaimana dengan paten?
- Apakah matlamat jangka panjang yang anda telah tetapkan?
- Bagaimana industri ini berkembang (pertumbuhan pasaran)?
- Apakah faktor utama kunci kejayaan?
- Kenapa seseorang perlu memberikan anda duit?
- Bagaimana perniagaan anda akan terus bertahan dan berkembang dalam tempoh lima tahun yang akan datang?
- Adakah anda akan menggunakan produk anda sendiri?