Definisi Rasmi PKS Kebangsaan
Definisi PKS
Memandangkan terdapat banyak perkembangan dalam ekonomi sejak tahun 2005 seperti inflasi harga, perubahan struktur dan perubahan trend dalam perniagaan, semakan definisi telah dilaksanakan pada tahun 2013 dan definisi PKS telah disahkan dalam Mesyuarat NSDC ke-14 pada bulan Julai 2013.
Definisi tersebut dipermudahkan seperti berikut:
-
- Pembuatan: Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta ATAU pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.
- Perkhidmatan dan sektor lain: Jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta ATAU pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.
Sesuatu perniagaan itu boleh ditakrifkan sebagai PKS sekiranya ianya memenuhi salah satu kriteria yang telah dinyatakan, iaitu jumlah jualan tahunan atau pekerja sepenuh masa, yang mana lebih rendah.
Butiran definisi adalah seperti berikut:
Di bawah definisi ini, semua PKS mestilah merupakan entiti yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak lain yang setaraf.
Namun begitu ianya tidak meliputi:
- Entiti-entiti yang tersenarai dalam Papan Utama; dan
- Anak syarikat:
- Syarikat yang tersenarai dalam Papan Utama;
- Syarikat multinasional;
- Syarikat berkaitan kerajaan (GLC);
- Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD); dan
- Perusahaan milik negara
Butiran definisi adalah seperti berikut:
1. Definisi mengikut saiz operasi
Perusahaan mikro merentasi semua sektor: Perolehan jualan kurang daripada RM300,000 ataupun kurang daripada 5 pekerja sepenuh masa.
Jadual 1 merumuskan definisi bagi kategori kecil dan sederhana bagi sektor masing-masing.
Sekiranya perniagaan memenuhi salah satu kriteria merentasi pelbagai saiz operasi yang berlainan, saiz yang lebih kecil akan digunapakai. Sebagai contoh, jika perolehan jualan firma berada di bawah mikroenterprise tetapi pekerjaan berada di bawah kecil, perniagaan itu akan dianggap sebagai syarikat mikro.
2. Klasifikasi Sektor
‘Pembuatan’ merujuk kepada transformasi bahan atau komponen fizikal atau kimia ke dalam produk baru.
‘Servis’ atau ‘perkhidmatan’ merujuk kepada semua perkhidmatan termasuk perdagangan pengedaran; hotel dan restoran; perkhidmatan perniagaan, profesional dan ICT; pendidikan dan kesihatan swasta; hiburan; pengantaraan kewangan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan seperti penyelidikan dan pembangunan (R & D), logistik, gudang, kejuruteraan dan lain-lain.
‘Lain-lain’ ini merujuk kepada baki 3 aktiviti ekonomi utama, iaitu:
i. Pertanian Utama
Tanaman Tuaian & Tanaman Tunai
Ternakan
Perhutanan & Pembalakan
Perikanan Laut
Akuakultur
Tanaman Tuaian & Tanaman Tunai
Ternakan
Perhutanan & Pembalakan
Perikanan Laut
Akuakultur
Nota:
- Contoh Tanaman Tuaian: getah, kelapa sawit, koko, lada dan lain-lain
- Contoh Tanaman Tunai: sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya
ii. Pembinaan
Infrastruktur
Kediaman & Bukan Kediaman
Perdagangan Khas
Infrastruktur
Kediaman & Bukan Kediaman
Perdagangan Khas
iii. Perlombongan & Kuari
Pengkelasan aktiviti ekonomi untuk tujuan definisi akan berdasarkan kepada kod Malaysian Standard Industrial Classification (MSIC) 2008. Ini adalah untuk memastikan perbandingan data dari pelbagai sumber dan memudahkan penyelarasan data merentasi pelbagai pihak penyedia statistik PKS. Walau bagaimanapun, senarai aktiviti ini tidak lengkap dan mungkin tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.
3. Butiran Kriteria Kelayakan
Perolehan jualan merujuk kepada jumlah jualan termasuk hasil jualan lain.
-
-
- Pekerja sepenuh masa termasuk kesemua pekerja yang berbayar, yang bekerja sekurang-kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan; atau sekurang-kurangnya 120 jam sebulan. Pekerja sepenuh masa juga termasuk pekerja asing dan kontrak. Walau bagaimanapun, ini tidak tidak termasuk pemilik kerja, rakan kongsi perniagaan yang aktif dan ahli keluarga yang tidak dibayar atau rakan yang bekerja di dalam perniagaan dan tidak menerima gaji tetap.
- ‘ATAU’ bermakna perniagaan perlu memenuhi salah satu daripada dua kriteria yang digunakan dalam definisi (yang mana lebih rendah).
- Sekiranyas sesebuah perniagaan itu melebihi had ditetapkan di bawah kedua-dua kriteria untuk dua (2) tahun berturut-turut (berdasarkan tahun kewangan / tempoh perakaunan) maka ia tidak lagi dianggap sebagai PKS. Begitu juga, perniagaan yang sebelum ini besar boleh menjadi PKS jika ia memenuhi kriteria kelayakan PKS selama dua (2) tahun berturut-turut.
-
Untuk tujuan statistik, semua pertubuhan perniagaan termasuk perniagaan asing yang memenuhi definisi PKS akan dikelaskan sebagai PKS.
Skop PKS
Di samping kriteria kelayakan seperti perolehan jualan dan pekerja sepenuh masa, terdapat juga syarat-syarat tambahan yang mesti dipenuhi untuk diklasifikasikan sebagai PKS:
1. Jenis Pertubuhan
PKS hanya merujuk kepada entiti perniagaan tulen yang berdaftar dengan badan-badan berikut:
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan (1956) atau Akta Pendaftaran Syarikat (1965) atau Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) 2012; atau
- Pihak berkuasa yang berwajib atau pejabat daerah di Sabah dan Sarawak; atau
- Badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional.
2. Struktur Pemegangan Saham
- Syarikat-syarikat yang tersenarai awam tetapi berada dalam bursa sekunder seperti pasaran ACE, Platform Perdagangan Dalam Talian Malaysia untuk Pasaran Tidak Tersenarai (MyULM) atau di pasaran sekunder / bursa / pasaran PKS / pasaran tidak tersenarai di negara lain masih akan dianggap sebagai PKS selagi mereka memenuhi kriteria kelayakan.
- Subsidiari firma di (i) juga akan dianggap sebagai PKS selagi mereka memenuhi kriteria kelayakan.
Subsidiari merujuk kepada entiti di mana syarikat induk mempunyai kuasa mengawal entiti sama ada melalui:
- Komposisi lembaga pengarahnya; atau
- Mempunyai lebih daripada 50% modal saham / saham mengundi (tidak termasuk saham keutamaan); atau
- Secara tidak langsung, melalui entiti lain yang merupakan anak syarikat yang dimiliki oleh syarikat induk (dua peringkat subsidiari). Untuk ini, sekali lagi syarat dalam (i) dan (ii) akan diguna pakai (rujuk Ilustrasi 1.1).
Ini juga merupakan pra-syarat untuk layak mendapat program bantuan Kerajaan. Adalah disyorkan ekuiti tempatan minimum lebih daripada 50% dikenakan bergantung kepada objektif program, untuk memenuhi syarat bantuan Kerajaan.
Pengecualian
Perniagaan berikut tidak akan dianggap sebagai PKS dan juga tidak layak untuk bantuan Kerajaan:
Syarikat yang Disenaraikan di Papan Utama
Seperti Bursa Malaysia atau bursa utama di negara lain.
Anak Syarikat Entiti Berikut:
-
- Syarikat yang disenaraikan di papan utama.
- Firma besar, syarikat multinasional (MNC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan perusahaan milik negara.
Dalam hal ini, jika syarikat induk dalam Ilustrasi 1.1 berada di bawah (i) dan (ii), maka anak-anak atau subsidiari-subsidiarinya (A dan B) dan peringkat anak syarikat seterusnya (A1 dan B1) tidak layak mendapat bantuan.
Pemakaian Definisi
- Definisi PKS digunakan untuk semua pihak berkepentingan yang berkaitan yang melaksanakan inisiatif pembangunan PKS. Ini termasuk kementerian dan agensi-agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri (termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan), pengawal selia serta institusi kewangan.
- Ini adalah untuk mengenal pasti status kelayakan untuk program pembangunan PKS, perumusan dasar PKS serta penyusunan statistik PKS. Walau bagaimanapun, sebagai tambahan kepada kriteria ini, kriteria kelayakan tambahan boleh dikenakan oleh institusi pelaksana bergantung pada skop dan objektif program pembangunan UKM.
- Bagi tujuan pengumpulan data, pada setiap masa, Kementerian, Agensi Kerajaan dan institusi kewangan yang berkaitan harus mengekalkan data mengenai syarikat dan perniagaan berdasarkan kedua-dua kriteria perolehan jualan dan bilangan pekerja sepenuh masa. Sekiranya atas alasan tertentu pihak berkepentingan tidak dapat menyusun atau menyelenggara kedua-dua data ini, maka mereka harus memberitahu Sekretariat.
- Semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam program pembangunan PKS dikehendaki menyelaraskan prosedur pengumpulan data mereka berdasarkan saiz dan klasifikasi sektor yang disebutkan. Ini akan membolehkan perbandingan data di seluruh institusi dan menyediakan statistik yang berharga untuk lebih memahami status, isu dan keperluan pembangunan PKS di semua sektor.
Tarikh Kuat Kuasa
Definisi PKS akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2014. Ini bermakna kelayakan untuk program pembangunan PKS dan statistik PKS yang disusun dari 2014 dan seterusnya hendaklah mengikut definisi ini. Semua statistik yang dikumpulkan sebelum 2014 akan kekal status quo dan tidak akan dipengaruhi oleh definisi.