A A A

Bersedia untuk Memulakan Langkah

Panduan Langkah Demi Langkah
Komponen Dalam Pelan Perniagaan: Panduan Langkah Demi Langkah

Pernyataan Misi dan / atau Visi yang anda mahu cipta. Soalan-soalan yang boleh digunakan untuk membantu melengkapkan Misi dan Visi adalah seperti berikut:

      • Siapakah pelanggan anda?
      • Apakah jenis perniagaan anda?
      • Apakah yang anda jual (Produk / Perkhidmatan)?
      • Apakah perancangan untuk mengembangkan perniagaan anda?
      • Apakah kelebihan utama perniagaan anda?

Penerangan tentang syarikat dan produk atau perkhidmatan anda

Penerangan tentang keunikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

Analisa Pasaran berkaitan jenis pasaran yang bakal diceburi, maklumat pesaing, posisi perniagaan dan bahagian pasaran yang boleh dicapai.

Penerangan tentang pasukan, organisasi pengurusan, termasuk pengalaman individu dan kejayaan yang pernah dicapai.

Bagaimana anda merancang untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda?

Analisa syarikat anda dari segi kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman untuk memastikan bahawa perniagaan anda adalah realistik dan telah mengenal pasti peluang dan cabaran.

Menyediakan Penyata Aliran Tunai untuk mengenal pasti keperluan semasa dan masa hadapan kewangan anda. Penyata Aliran Tunai juga membantu anda melihat impak aliran tunai kepada perkembangan syarikat.

Keperluan pembiayaan, penyata imbangan, ramalan jualan, nisbah perniagaan dan analisa modal-pulangan.

Ringkasan / kesimpulan yang merangkumkan semua maklumat (bahagian ini juga boleh dijadikan sebagai Ringkasan Eksekutif dan diletakkan di bahagian hadapan dokumen Pelan Perniagaan).

Promosi

Promosi ialah aktiviti yang berkesan untuk memastikan jenama anda dikenali oleh kumpulan sasaran. Anda boleh bermula menggunakan kaedah pemasaran atas talian, sebagai contoh FB Fan Page, di mana anda menyiarkan (post) maklumat syarikat, produk dan perkhidmatan anda.

Ini kerana, kebanyakan pemasaran atas talian adalah percuma dan anda boleh memberi maklum balas kepada pertanyaan pelanggan dengan lebih pantas. Pengiklanan boleh memberi kesan besar kepada perniagaan dan mengukuhkan jenama anda.

Menetapkan Harga Jualan

Kira jumlah kos sebelum menetapkan harga jualan sesuatu barangan. Jika kos pengilangan sebatang pen ialah RM1.50, dan anda menetapkan kadar keuntungan sebanyak 80% daripada jumlah kos,pen tersebut boleh dijual dengan harga RM2.70 (RM1.50 + 80% – tidak termasuk SST).

Jika jumlah kos pengeluaran adalah rendah, anda boleh menggunakan kaedah harga skimming iaitu dengan menetapkan harga produk atau perkhidmatan yang lebih tinggi pada permulaan dan kemudian menurunkan harga tersebut dalam satu tempoh masa tertentu.

Maklumat di atas betul pada 14 Oktober 2021.