A A A
PENAMATAN

Bagaimana untuk Menamatkan Perniagaan yang telah Berdaftar?

Menutup Perniagaan
    1. Di mana sesebuah perniagaan yang berdaftar itu telah ditamatkan operasinya, orang yang bertanggungjawab terhadap perniaagaan berkenaan hendaklah dalam masa tiga puluh hari (30) memaklumkan kepada Pendaftar melalui borang (Borang C). Sila rujuk Guidelines on Termination for Business.
    2. Sesuatu perniagaan itu bolehlah ditamatkan atas beberapa sebab:
      • Pemberhentian perniagaan
      • Bangkrap
      • Kematian pemilik
      • Penurutan perintah mahkamah

3. Perniagaan yang berdaftar yang tidak luput tarikh dibenarkan untuk menghantar Nota Penamatan Perniagaan Berdaftar
4. Hantar Notifikasi disebabkan kematian dalam masa empat (4) bulan dari tarikh kematian.
5. Untuk perniagaan yang sudah tamat tempoh, Surat Pengesahan Tamat Tempoh Perniagaan boleh dimohon dengan pembayaran sebanyak RM10.00.

Siapa Yang Perlu Hantar Permohonan

Pemilik / semua rakan kongsi

Yuran?

Tiada

Bila Keputusan Akan Diketahui?

Dalam masa 15 minit selepas serahan

Maklumat di atas betul pada 13 Februari 2018.


(Sumber:  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)