A A A

Pelaporan program keusahawanan dan juga program pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA) telah dilaksanakan sejak tahun 2006. Objektif utama SMEIPA adalah untuk menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program keusahawanan dan pembangunan PMKS oleh Kementerian dan Agensi. Pemantauan program melalui SMEIPA adalah dengan menilai pencapaian program pada tahun sebelumnya serta program yang dirancang pada tahun semasa. Edisi SMEIPA 2023 yang dikeluarkan pada September 2023 memberi tumpuan kepada sokongan berterusan yang diberikan oleh Kerajaan terhadap PMKS, membantu mereka menghadapi cabaran dan mencapai kelestarian perniagaan dengan tema, ‘PMKS Progresif, Inovatif, Inklusif dan Mampan’.