A A A
MENGURUS

Menjalankan Operasi Perniagaan

Bersedia Untuk Mengendalikan Perniagaan

Menguruskan operasi syarikat di peringkat permulaan kelihatan kompleks dengan penggunaan perkataan-perkataan seperti logistik, rantaian bekalan, pembangunan produk dan perolehan. Adalah lebih mudah untuk sentiasa memastikannya operasi dijalankan semudah mungkin. Operasi ialah aktiviti membeli, membina dan menyediakan produk atau perkhidmatan untuk jualan. Antara operasi yang utama ialah sumber bahan mentah, penggajian pekerja, memperoleh kemudahan dan peralatan serta penghantaran produk akhir. Ciri-ciri ini adalah berbeza bergantung sama ada anda seorang pengeluar, peruncit atau pemberi perkhidmatan. Jika anda bermula sebagai perniagaan runcit, anda perlu mengambilkira perkara seperti inventori dan pengedaran, manakala sebuah syarikat perisian akan lebih fokus kepada keperluan lokasi pejabat dan kelengkapan komputer.

Pengurusan Rantaian Bekalan

Mendapatkan Produk Anda Ke Tangan Pelanggan