Langkah 1
Asas Untuk Memulakan Perniagaan
Sepertimana perniagaan lain, modal perniagaan adalah aspek paling asas kerana ia menentukan saiz dan kapasiti perniagaan tersebut. Walaubagaimanapun, persiapan perniagaan trak makanan tidak seperti persiapan sebuah perniagaan kedai runcit atau kafe.
Kosnya lebih murah dan lebih cepat untuk dimulakan. Anda hanya memerlukan sebuah kenderaan dan mengenal pasti lokasi yang terbaik untuk menjalankan perniagaan ini. Dianggarkan bahawa purata jumlah modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan ini adalah di antara RM15,000 – RM20,000.
Jika dibandingkan dengan kedai makan, anda tidak perlu memikirkan tentang kos yang tinggi untuk menyediakan tempat seperti pembelian kedai, sewaan dan pengubahsuaian.
Kos pemulaan yang rendah juga amat mudah kerana anda boleh mengunakan wang simpanan sendiri atau membuat pinjaman daripada ahli keluarga atau kenalan. Kaedah alternatif yang lain untuk mendapatkan pembiayaan ini juga adalah melalui pinjaman bank atau program kewangan yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan. Purata pecahan kos untuk memulakan perniagaan trak makanan adalah seperti berikut: