A A A

Format Pelan Perniagaan

Anda Sudah Memiliki Idea Perniagaan?

Berikut adalah 30 soalan penting yang perlu dijawab bagi memastikan idea anda adalah berbaloi untuk memulakan perniagaan:

    1. Adakah anda akan menggunakan produk anda sendiri?

    2. Bolehkah anda mengenal pasti sekurang-kurangnya 10 orang yang sanggup membeli produk anda?

    3. Apa yang anda suka? Adakah ia berbeza dengan idea perniagaan anda?

    4. Bagaimanakah tahap kesukaran masalah yang ingin anda selesaikan?

    5. Adakah sasaran pasaran anda cukup besar untuk mewujudkan perniagaan yang sebenar?

    6. Apakah model pendapatan anda dan sejauh mana ia realistik?

    7. Bagaimana pengasas boleh menjalankan idea tersebut?

    8. Bagaimana pengasas boleh mengenal pasti apa yang perlu mereka lakukan, selain daripada perkara yang sedia ada?

    9. Bagaimana pelanggan menangani masalah hari ini?

    10. Apakah trend terkini yang membolehkan penyelesaian anda mampu dilaksanakan?

    11. Apakah versi ringkas tentang idea ini?

    12. Berapa cepat idea ini akan boleh menembusi pasaran?

    13. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk anda menyiapkan prototaip pertama daripada idea perniagaan anda?

    14. Apakah yang membuatkan produk anda berbeza dengan yang lain?

    15. Berapa banyak wang yang diperlukan untuk membina prototaip pertama?

    16. Pelanggan hanya akan membeli produk yang ringkas. Sila jelaskan produk anda dalam satu ayat.

    17. Adakah anda mempunyai kelebihan dari segi persaingan?

    18. Adakah anda bersungguh-sungguh tentang idea tersebut dan mendedikasikan masa selama 1-2 tahun untuknya?

    19. Adakah anda mudah mendapat akses kepada 2-3 individu berprofil tinggi yang boleh membantu anda membawa ke arah kejayaan dalam pasaran?

    20. Adakah anda boleh meyakinkan 1-2 individu hebat untuk bekerja dengan anda sekarang?

    21. Berapa lama masa diambil untuk penghasilan berskala besar?

    22. Bagaimana idea ini menjadikan dunia lebih baik?

    23. Bagaimana idea ini menjadi kreatifinovatif dan unik?

    24. Apakah peluang dan risiko yang anda hadapi?

    25. Bagaimana dengan paten?

    26. Apakah matlamat jangka panjang yang anda telah tetapkan?

    27. Bagaimana industri ini berkembang (pertumbuhan pasaran)?

    28. Apakah faktor utama kunci kejayaan?

    29. Kenapa seseorang perlu memberikan anda duit?

    30. Bagaimana perniagaan anda akan terus bertahan dan berkembang dalam tempoh lima tahun yang akan datang?

Maklumat di atas betul pada 14 Oktober 2021.