A A A
Laporan Tahunan PKS Penerbitan Publications

Laporan Tinjauan PMKS 2022/23 Keluaran Baharu

Tinjauan PMKS 2022/23 (Keluaran Baru)

 Edisi 2022/23 bagi Laporan Tinjauan PMKS telah diterbitkan pada Januari 2024 oleh SME Corp. Malaysia. Laporan ini memberi tumpuan terhadap bagaimana PMKS telah menyesuaikan perniagaan dengan persekitaran perniagaan yang sering berubah dan melangkah ke hadapan dalam perniagaan mereka dengan memanfaatkan inisiatif dan dasar Kerajaan, dengan bertemakan ‘Tetapan Semula dengan Perspektif Baharu’. Laporan ini melibatkan dua penerbitan iaitu Laporan Utama dan Laporan Ekonomi. Laporan Utama merangkumi dasar dan program pembangunan PMKS, inisiatif pengantarabangsaan PMKS, ekosistem pembiayaan untuk PMKS, inisiatif  transformasi pendigitalan untuk PMKS dan kisah inspirasi perjalanan keusahawanan PMKS. Manakala, Laporan Ekonomi memberikan gambaran keseluruhan prestasi PMKS global serta analisis terperinci mengenai prestasi dan prospek PMKS di Malaysia. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Laporan.