A A A
Laporan Tahunan PKS Penerbitan

Laporan Tinjauan PMKS 2021 Keluaran Baharu

Tinjauan PMKS 2021 (Keluaran Baharu)

Edisi 2021 bagi Laporan Tinjauan PMKS yang diterbitkan pada November 2022 oleh SME Corp. Malaysia memberi tumpuan terhadap kelestarian sebagai pemangkin kepada pemulihan dan membangunkan semula PMKS, dengan bertemakan ‘PMKS ke arah Pemulihan yang Mampan’. Laporan ini melibatkan dua penerbitan iaitu Laporan Utama dan Laporan Ekonomi. Laporan Utama merangkumi dasar, inisiatif & program pembangunan PMKS, agenda PMKS pada peringkat global & pengantarabangsaan, ekosistem pembiayaan untuk PMKS, inisiatif teknologi, inovasi & inisiatif pendigitalan untuk PMKS dan kisah inspirasi perjalanan keusahawanan PMKS daripada pelbagai sektor dan latar belakang. Manakala, Laporan Ekonomi memberikan gambaran keseluruhan prestasi PMKS global serta analisis terperinci mengenai prestasi dan prospek PMKS di Malaysia. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Laporan.