A A A
Uncategorized

Anugerah Enterpris (E50)

Kerjasama Awam Swasta

Anugerah Enterpris 50

Mengiktiraf Pencapaian Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Malaysia

Anugerah Enterpris (E50) adalah program anugerah berprestij yang mengiktiraf pencapaian perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia yang bersedia untuk terus maju di masa hadapan. Sebanyak 50 pemenang dipilih daripada pencalonan yang diterima berdasarkan keupayaan kewangan serta kecekapan operasi dan
pengurusan.

OBJEKTIF

Objektif E50 untuk PKS

01
01

Menggalakkan usaha dalam mengejar kecemerlangan di kalangan syarikat tempatan

03
03

Menggalak dan mengiktiraf semangat keusahawanan di kalangan syarikat tempatan

02
02

Mengiktiraf sumbangan syarikat tempatan ke arah pembangunan negara dan menggalakkan mereka untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam ekonomi

04
04

Mewujudkan satu platform di mana syarikat tempatan yang baru dan berpotensi mendapat pengiktirafan dan perhatian yang lebih besar

Manfaat Program

Pemenang Enterprise 50 akan:

Manfaat Pertama

Menerima trofi dan sijil Enterpris 50 pada majlis anugerah

Manfaat Kedua

Secara automatik dicalonkan untuk Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) dan Anugerah Produktiviti Negara

Manfaat Ketiga

Layak menggunakan logo Enterpris 50 pada bahan kolateral korporat

Manfaat Keempat

Dipaparkan di laman web E50 www.e50.com.my

Manfaat Kelima

Mendapat liputan media daripada Business Times, Media Prima

Manfaat Keenam

Malaysia SME dan lain-lain media

Manfaat Ketujuh

Menjadi sebahagian daripada Alumni Enterpris 50.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat E50;