ALOR GAJAH: Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam mahu agensi dan syarikat berkaitan perniagaan supaya memperturunkan ilmu serta idea kepada usahawan muda bagi membolehkan mereka lebih bersedia mengharungi ancaman dunia yang lebih mencabar.
Beliau berkata, ini kerana perkongsian idea dan pengetahuan menerusi forum terbuka membabitkan usahawan baharu, mampu membangunkan ekosistem keusahawanan yang lebih dinamik, mampan dan berdaya saing bagi membolehkan golongan itu menangani cabaran perniagaan yang semakin kompleks dalam era globalisasi dan transformasi digital.
Related Posts
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menawarkan moratorium pembayaran balik pinjaman bagi...
KUALA LUMPUR: Pemerkasaan ekonomi komuniti India kekal sebagai agenda utama Datuk Seri R Ramanan...