JOHOR BAHRU: Sebanyak RM272.6 juta pembiayaan disalurkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kepada seramai 13,091 usahawan Johor setakat Januari hingga Mei tahun ini.
Menterinya, Datuk Ewon Benedick, berkata pembiayaan itu membabitkan nilai RM81.5 juta kepada 10,762 Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN Nasional (pembiayaan RM41.8 juta kepada 2,083 usahawan).