Harta Intelek untuk PKS
- Home
- Harta Intelek
- Harta Intelek untuk PKS
Harta Intelek
Harta Intelek untuk PKS
Pengenalan
Dalam ekonomi yang semakin dipacu oleh pengetahuan (knowledge-based economy), harta intelek (IP) adalah merupakan pertimbangan yang utama dalam urusan seharian perniagaan. Produk baru, jenama dan reka bentuk kreatif muncul hampir setiap hari dalam pasaran dan ini merupakan hasil daripada inovasi dan kreativiti manusia yang berterusan. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sering menjadi penggerak di sebalik inovasi sedemikian. Namun begitu, keupayaan inovatif dan kreatif mereka, tidak selalu dimanfaatkan sepenuhnya kerana banyak PKS tidak menyedari sistem harta intelek atau perlindungan yang akan mereka perolehi untuk ciptaan, jenama, dan reka bentuk mereka.
Jika dibiarkan tanpa sebarang perlindungan, hasil ciptaan yang baik mungkin akan hilang kepada pesaing yang lebih besar yang berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengkomersialkan produk atau perkhidmatan pada harga yang lebih berpatutan, meninggalkan pencipta atau pencipta asal tanpa sebarang faedah atau ganjaran kewangan. Perlindungan yang mencukupi bagi harta intelek syarikat adalah langkah penting dalam menghalang pelanggaran harta intelek dan mengubah idea menjadi aset perniagaan dengan nilai pasaran sebenar. Dengan mengambil kesempatan sepenuhnya dari sistem IP, akan membolehkan syarikat memperoleh keuntungan dari hasil inovatif dan kreativiti mereka, seterusnya menggalakkan serta membantu membiayai inovasi selanjutnya.