Pengurusan Perhubungan Pelanggan
- Home
- Memasarkan Perniagaan Anda
- Pengurusan Perhubungan Pelanggan
Pengurusan Perhubungan Pelanggan
Berkomunikasi dan Berurusan dengan Pelanggan Anda Yang Ada Dan Berpotensi
Pengurusan Perhubungan Pelanggan boleh ditakrifkan sebagai kaedah komunikasi dan berurusan dengan pelanggan sedia ada serta pelanggan baru yang berpotensi. Berikut merupakan antara kaedah efektif dan panduan untuk membuat susulan kepada pelanggan anda:
Format Pelan Pemasaran
Format Laporan Media Sosial
7 Kaedah Komunikasi Dalam Promosi
- Perkhidmatan Pelanggan: Menyediakan maklumat produk atau perkhidmatan dan promosi secara terperinci kepada pelanggan
- Jualan Peribadi: Interaksi bersua muka dengan pelanggan untuk menjamin jualan
- Pengiklanan : Menggunakan satu medium (papan iklan, poster, brosur) melalui saluran media (elektronik, kertas) supaya masyarakat umum mengetahui tentang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan
- Promosi Jualan: Menggunakan tawaran istimewa (sampel, hadiah percuma) atau pembungkusan yang menarik perhatian pelanggan
- Pemasaran Secara Langsung: Maklumat berkaitan produk atau perkhidmatan disalurkan kepada pelanggan melalui media sosial, mesej atau emel
- Pemasaran Berinteraktif: Membantu pembelian secara atas talian (melalui telefon atau laman web) untuk membantu pelanggan mencari produk atau perkhidmatan yang terbaik
- Perhubungan Awam: Membina perhubungan yang baik dengan pelanggan serta menggunakan teknik mempengaruhi supaya produk atau perkhidmatan anda berjaya dijual kepada pelanggan tersebut
Maklumat di atas betul pada 14 Oktober 2021.