KUALA LUMPUR 8 Nov. – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan menyemak 50 kertas cadangan daripada syarikat tempatan yang mahu menyertai Program Pembangunan Vendor (VDP) syarikat kereta nasional ketiga. Ketua Setiausahanya, Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, pihak kementerian akan berbincang dengan penyelaras dasar kereta nasional ketiga, Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) berhubung perkara tersebut.