GELANG PATAH 9 Mac – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) memperuntukkan kira-kira RM100 juta dalam tahun ini menerusi Skim TemanNita khusus untuk wanita terlibat dalam bidang agro makanan dan pertanian.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, bantuan kepada usahawan mikro tersebut untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan dan meluaskan pasaran.