Kuala Lumpur: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) bagi tahun ini mencatatkan jualan keseluruhan RM1.52 bilion berbanding RM1.01 bilion pada penganjuran tahun lalu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, MIHAS bukan hanya acara tahunan semata-mata, namun ia platform bagi sektor halal yang kini meraih momentum pertumbuhan memberangsangkan sejak sedekad lalu….