Pengurusan Rantaian Bekalan

Rantaian bekalan adalah sistem yang terdiri daripada setiap individu yang terlibat dalam memastikan produk anda sampai ke tangan pelanggan melalui saluran pengedaran. Ini termasuk proses pengumpulan bahan mentah, pembekal, pengeluar atau pengilang, syarikat pengangkutan, gudang borong, bilik simpanan atau stok dan kerani di meja daftar masuk. Ia juga termasuk tugas dan fungsi yang terlibat dalam pemindahan produk tersebut, seperti kawalan kualiti, pemasaran, perolehan, serta sumber.
Pengurusan rantaian bekalan adalah pengurusan produk atau perkhidmatan daripada permulaan hingga kepada pengguna akhir.

Setiap syarikat, tidak kira betapa kecilnya anda atau jenis industri, anda boleh mendapat manfaat daripada Kawalan Kualiti (QC). Bagaimana anda boleh mula melaksanakan Inisiatif QC di syarikat kecil anda?
ChooseWhat.com Research Analyst and Quality Control (QC) master
Mempiawaikan Kawalan Kualiti dengan Proses
Kaedah paling mudah untuk mengendalikan kawalan kualiti adalah dengan mempiawaikan semua proses dari awal hingga akhir. Salah satu cara untuk mempiawaikan ialah dengan mewujudkan satu dokumen bertulis berkaitan proses kerja dan diedarkan kepada setiap pekerja yang bertanggungjawab terhadap kawalan kualiti berkenaan.
Mewujudkan Lokasi Pemeriksaan
Oleh kerana QC merupakan aktiviti yang berulang, pekerja yang bertanggungjawab terhadap aktiviti ini perlu menyemak dengan seorang pengurus projek sepanjang proses QC. Pengurus ini boleh membantu memperbaiki dan membetulkan kesilapan sewaktu proses tersebut dijalankan untuk meminimumkan masa yang diperlukan bagi proses pencarisilapan di kemudian hari.
Mengekalkan Fleksibiliti
Fleksibiliti adalah kunci utama dalam QC. Bagi usahawan syarikat kecil, proses dan prosedur yang terlibat memerlukan penelitian dan penambahbaikan. Kebolehan untuk menggabungkan maklum balas daripada pekerja kepada proses QC adalah penting.
7 Prinsip Peruntukan Ruang
Petikan daripada Retail Business start-up guide, SmallBizBooks.com
Memenuhi Keperluan Perniagaan Dalam Talian
Memenuhi keperluan adalah satu peranan yang penting dalam perniagaan dalam talian. Pelaksanaan yang baik akan membezakan anda daripada pesaing-pesaing lain dan menarik pembelian berulang daripada pelanggan. Antara ciri-ciri memenuhi keperluan ialah penerimaan, penyimpanan inventori, perkhidmatan pembungkusan, penghantaran produk serta proses pemulangan produk. Jika jumlah yang diuruskan adalah mudah dikawal, anda boleh membuat penghantaran sendiri menggunakan kurier tempatan atau rakan kongsi penghantaran. Apabila perniagaan anda mula berkembang dan melibatkan jumlah yang lebih besar, anda mungkin memerlukan bantuan tambahan.
Anda perlulah merancang untuk memenuhi keperluan perniagaan dalam talian bermula dari awal perniagaan. Anda mungkin mempunyai produk yang hebat, tetapi sekiranya proses penghantaran adalah lemah dan mahal, ini akan menjejaskan perniagaan anda.
Terdapat beberapa pilihan bagi usahawan yang mahu memberi fokus kepada operasi perniagaan berbanding urusan logistik. Antaranya ialah memanfaatkan pilihan penghantaran secara terus dari kilang, di mana pengeluar akan menghantar produk terus kepada pelanggan.
Kaedah kedua ialah dengan melantik satu pihak lagi untuk menguruskan penghantaran, termasuk urusan pembungkusan, perkhidmatan kurier, pengesanan penghantaran, insurans atau mewujudkan satu aplikasi telefon untuk memudahkan perniagaan atas talian.

