Header Font Sizer

A- A A+

Header Color Change

     

Choose your language

SMEinfo


Portal Maklumat Sehenti Untuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana

Portal SMEinfo adalah pusat repositori maklumat atas talian mengenai PKS dan semua maklumat yang berkaitan. Portal ini dilancarkan pada tahun 2006 dan merupakan satu gerbang maklumat atas talian sehenti untuk PKS.

Portal ini mula dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan pada tahun 2008, sejajar dengan peranan yang digalas sebagai Urus Setia kepada Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK), SME Corp. Malaysia juga dipertanggungjawab untuk mengawal selia portal ini.

Bagi memastikan portal ini kekal relevan,  ianya telah dinaiktaraf pada Mac 2018 dengan matlamat untuk menjadikannya lebih mesra pengguna, padat dan berkesan dalam menyebarkan maklumat. Akses kepada Portal ini menawarkan pelbagai manfaat kepada para pengguna.

Portal SMEinfo memaparkan maklumat mengenai panduan perniagaan, laman yang memaparkan maklumat terperinci mengenai penubuhan perniagaan, bagaimana untuk meningkat dan mengembangkan perniagaan dan juga penutupan sesuatu perniagaan. Portal ini mengandungi maklumat yang komprehensif merangkumi topik seperti sumber pembiayaan, latihan dan institusi sokongan PKS. Portal ini juga mengandungi segmen berita dan program bagi Kementerian dan agensi memuatnaik paparan program-program yang akan dilaksanakan. Bahan bercetak yang merangkumi polisi dan cetakan seperti Pelan Induk PKS dan lain-lain laporan juga terdapat di dalam Portal ini.

Footer Logo - BM

Lawatan hari ini:

Jumlah lawatan: