KUALA LUMPUR 13 Feb. – Jualan subsektor perdagangan borong dan runcit mencatatkan pertumbuhan 8.2 peratus kepada RM1.25 trilion pada 2018 berbanding tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin (gambar) dalam kenyataan berkata, bagi suku keempat 2018 (4Q18),Indeks Volum berkembang 8.1 peratus kepada 173.8 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, didorong oleh pengembangan perdagangan runcit sebanyak 11.8 peratus.