Header Font Sizer

A- A A+

Header Color Change

     

Choose your language

Pengenalan Kepada Francais

Apakah itu francais?

Francais adalah kaedah pemasaran dan pengedaran berdasarkan hubungan dua pihak; iaitu francaisor (pemilik dan pemberi hak) dan pemegang francais (penerima hak).



sumber: https://www.mfa.org.my 

Beberapa Terma yang Digunakan ...

Francaisi

Orang atau syarikat yang mendapat hak daripada pemberi francais untuk menjalankan perniagaan di bawah tanda niaga atau nama dagang francaisor.

Franchising

Satu kaedah pengembangan perniagaan yang dicirikan oleh lesen tanda niaga, bayaran yuran, dan bantuan penting dan / atau kawalan.

Royalti

Pembayaran tetap dibuat oleh Francaisi kepada Francaisor, kebiasaannya berdasarkan kepada peratus jualan kasar Francaisi

Francais

Lesen yang menjelaskan hubungan antara francaisor dan francaisi termasuk penggunaan tanda dagangan, yuran, sokongan dan juga kawalan.

Perjanjian Francais

Kontrak bertulis yang sah di antara pemberi francais dan pemegang francais yang memberitahu setiap pihak apa yang sepatutnya dilakukan.

Francaisor

Orang atau syarikat yang memberi hak pemegang francais untuk menjalankan perniagaan di bawah tanda dagangan atau nama dagang mereka.

Pengedar Produk Francais

Francais adalah di mana francaisi hanya menjual produk francaisor tanpa menggunakan kaedah francaisor untuk menjalankan perniagaan.

Perkara-perkara berkaitan francais di Malaysia dikawal di bawah Akta Francais 1998

Di Malaysia, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menerajui pembangunan industri francais Malaysia

Malaysian Franchise Association (MFA) ditubuhkan pada tahun 1994 untuk membantu pelaksanaan program Kerajaan untuk mempromosikan keusahawanan menerusi peluang francais

Footer Logo

Visitors

Visits today:

Total visits:

lol