KUALA LUMPUR 31 Dis. – Niat asal hanya untuk mencari duit kahwin tetapi siapa sangka akhirnya ia menjadi punca pendapatan tetap buat pasangan usahawan muda ini.
“Kisahnya, saya tak cukup duit nak kahwin. Jadi, saya dan tunang (ketika itu) pilih untuk berniaga ayam gunting secara kecil-kecilan nak kumpul duit, tak nak susahkan orang tua. Tapi, dalam masa empat bulan berniaga saya dapat kumpul RM20,000, saya mula nampak rezeki yang Allah cuba tunjukkan kepada kami berdua.