KUALA LUMPUR: Industri kandungan kreatif dan animasi dilihat akan terus menjadi penyumbang penting kepada ekonomi digital negara apabila merekodkan pertumbuhan jualan eksport sebanyak RM1.42 bilion berdasarkan prestasi inisiatif MSC Malaysia pada tahun lalu.
Naib Presiden Teknologi dan Kandungan Kreatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Hasnul Hadi, berkata industri animasi sendiri mencatatkan pendapatan melebihi RM200 juta dan meningkat 18 peratus antara 2013 hingga 2017.Continue here