KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menegaskan komitmen untuk melaksanakan pelbagai projek dan program di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi mengekalkan pertumbuhan sosioekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di wilayah itu.ECER dalam kenyataan berkata, usaha itu selaras aspirasi Malaysia untuk memastikan pembangunan yang saksama, inklusif dan mampan di seluruh negara.