KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) mahu kerajaan menetapkan sasaran minimum 30 peratus daripada semua perolehan oleh jabatan, agensi dan syarikat milik kerajaan membabitkan vendor perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Pengerusi Dasar dan Hubungan Kerajaan, Datuk William Ng, dalam kenyataan hari ini berkata cadangan itu bertujuan menggalakkan akses pasaran untuk PKS.