KUALA LUMPUR: Geran Khas Prihatin (GKP) bagi pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang rayuan mereka diluluskan akan mula dibayar mulai Khamis ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pembayaran itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM65.95 juta.