News

PSK platform maklumat untuk PKS

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Kementerian Pemba­ngunan Usahawan (MED) melancarkan Pusat Sehenti Keusahawanan (PSK) yang berkonsepkan pusat fizikal sebagai platform penyebaran maklumat mengenai usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, PSK berperanan sebagai pusat penyimpanan data, mendapatkan maklum balas serta memberi khidmat nasihat kepada usahawan di seluruh negara terutama di Lembah Klang.


read more