Header Font Sizer

A- A A+

Header Color Change

     

Choose your language

Senarai Semak Pendaftaran Perniagaan

 

senarai-semak-perniagaan.png

Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

a. Langkah pertama ialah penyerahan permohonan carian nama kepada SSM untuk kelulusan menggunakan nama yang dipilih oleh syarikat baru anda. Pembayaran yuran ialah RM30 untuk setiap nama yang dimohon. Setelah diluluskan, nama syarikat akan disimpan khas untuk anda selama tempoh tiga (3) bulan.

b. Dokumen Pemerbadanan (seperti dibawah) mesti dikemukakan kepada pihak SSM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan nama syarikat oleh SSM, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan carian nama baru perlu dibuat.
  • Memorandum dan Artikel Persatuan (MAA) – Dokumen asal hendaklah dimatikan setem Lembaga Hasil Dalam Negeri bernilai RM100.
  • Borang 48A (Perisytiharan Perindustrian oleh seorang Pengarah atau Penama Sebelum Perlantikan) bahawa dia bukan muflis dan tidak pernah disabitkan dan dipenjarakan atas atas apa-apa kesalahan yang ditetapkan.
  • Borang 6 (Pengisytiharan Pematuhan) – menyatakan bahawa semua kehendak Akta Syarikat (CA) telah dipatuhi dan ditandatangani oleh setiausaha syarikat (yang dinamakan dalam MAA)
  • Salinan asal Borang 13A.
  • Salinan surat daripada SSM untuk kelulusan nama syarikat.
  • Salinan kad pengenalan untuk setiap pengarah dan setiausaha syarikat.
 
c. Minimum yuran pendaftaran ialah RM1,000 untuk modal berbayar dibenarkan sehingga RM400,000.

d. Sijil Penubuhan Syarikat akan dikeluarkan oleh SSM setelah prosedur pemerbadanan dan penyerahan Dokumen Pendaftaran yang lengkap.


Nota:  Sila rujuk panduan di atas talian melalui https://www.ssm.com.my/en/ company/incorporation-of-local-company

Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ialah alternatif kepada entiti perniagaan yang dikawalselia di bawah Akta PLT 2012 yang menggabungkan ciri-ciri syarikat dan perkongsian konvensional. PLT menawarkan kelebihan yang serupa dengan syarikat sendirian berhad seperti liabiliti terhad, kewujudan perundangan berkekalan tetapi kos pematuhan yang lebih rendah – tidak wajib mempunyai akaun teraudit dan melantik Setiausaha Syarikat berkelayakan.

memberi-nama-perniagaan.png

Memberi Nama Perniagaan

Nama sangat penting kepada setiap entiti perniagaan. Ia bukan sahaja menentukan identiti produk atau perkhidmatan anda, tetapi juga berfungsi sebagai magnet untuk menarik perhatian pelanggan kepada perniagaan anda. Nama perniagaan boleh dalam bentuk yang pendek atau panjang, bergantung kepada pilihan anda.

Walaubagaimanapun, harus diambil perhatian untuk mengelakkan penggunaan nama yang menggambarkan sifat negatif atau tidak sah.

Buat semakan nama syarikat baru anda melalui sistem atas talian SSM sebelum meneruskan pendaftaran syarikat!

Log masuk ke SSM Sistem Atas Talian:

  1. Lawat laman rasmi www.ssm-einfo.my
  2. Klik pada ikon “Daftar sebagai Ahli e-Account!”
  3. Isi “Borang e-Registration“, kemudian hantar
  4. Anda akan menerima mesej “Sila Log Masuk Sekarang”
  5. Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda
  6. Setelah log masuk berjaya, klik pada ikon “Carian”
  7. Masukkan nama yang diinginkan di ruangan “Mengikut Nama”
  8. SELESAI! Nama syarikat daripada carian di SSM akan disenaraikan!

Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru anda, juga boleh mengenal pasti jika ada pihak lain juga telah menggunakan nama yang sama.

Beberapa Tips

  1. Nama perniagaan tidak boleh terlalu panjang melebihi lima puluh (50) huruf termasuk ruang antara perkataan.
  2. Penggunaan nombor, tanda dan simbol tidak dibenarkan menjadi sebahagian daripada nama perniagaan.
  3. Warta perkataan daripada Warta Kerajaan No. 716 bertarikh 30 Januari 1997, Warta Pindaan 2001 dan nama-nama yang dikawal di bawah Akta Syarikat 1965 juga akan dianggap nama dalam kawalan. Warta Kerajaan dan Garis Panduan mengenai nama syariakt boleh didapati di laman web SSM www.ssm.com.my.
  4. Nama perniagaan yang didaftarkan mestilah sesuai dengan jenis perniagaan.
  5. Nama perniagaan yang didaftarkan tidak boleh diubah sebaik sahaja perniagaan telah didaftarkan.
warta-kerajaan-perniagaan.png

Contoh Borang PNA 42 Yang Lengkap

Contoh Borang PNA 42 Yang Lengkap

Contoh Borang A Yang Lengkap #1

Contoh Borang A Yang Lengkap #1

Contoh Borang A Yang Lengkap #2

Contoh Borang A Yang Lengkap #2
Maklumat di atas betul pada 13 Februari 2018.

Sumber: StartMeUp - Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Footer Logo - BM

Lawatan hari ini:

Jumlah lawatan: