Header Font Sizer

A- A A+

Header Color Change

     

Choose your language

PENSIJILAN

Apakah Itu Pensijilan?

Apakah Itu Pensijilan?

“Prosedur rasmi di mana seseorang atau Agensi yang mempunyai akreditasi memeriksa (serta mengesahkan dalam bentuk bertulis melalui pengeluaran sijil) sifat-sifat, ciri-ciri, kualiti, kelayakan, atau status individu atau organisasi, barang atau perkhidmatan, prosedur atau proses, atau peristiwa atau situasi, mengikut keperluan atau piawaian yang telah ditetapkan”
businessdictionary.com
standards_malaysia.png

Pensijilan seperti Malaysian Standard membawa pelbagai faedah kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam mencapai Perlindungan Pengguna dan Kebajikan Awam serta Kecekapan Perindustrian dan Pembangunan.

Untuk PKS, faedah sebenar daripada pensijilan boleh dijelmakan menerusi pelbagai kali ganda seperti reputasi jenama, akses kepada sektor awam, tender, pasaran baru selain mewujudkan manfaat operasi dan kewangan kepada organisasi itu sendiri.

Apa itu Malaysian Standard?

Malaysian Standard (MS) merupakan dokumen konsensus yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Piawaian (SDC) dalam Sistem Pembangunan Piawaian Malaysia dan diluluskan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengikut Akta Piawaian Malaysia 1996 (Akta 549).

MS adalah dokumen teknikal yang menentukan keperluan minimum kualiti dan keselamatan untuk kegunaan secara sukarela oleh orang awam. Sesuatu piawaian itu menjadi mandatori apabila agensi pengawalselia menguatkan penggunaannya melalui Akta dan Peraturan yang berkaitan.

Setakat yang mungkin, Malaysian Standard adalah bersesuaian dengan atau mengadaptasi piawaian antarabangsa termasuklah Piawaian ISO.

Footer Logo - BM

Lawatan hari ini:

Jumlah lawatan: