Header Font Sizer

A- A A+

Header Color Change

     

Choose your language

Menyelaras PKS ke arah Megatrends dan Revolusi Industri 4.0

Megatrends adalah satu perubahan teknologi ke arah pembangunan global dan makroekonomi yang kini memberi kesan kepada perniagaan, ekonomi, masyarakat, budaya dan kehidupan peribadi seseorang selari untuk didefinisikan sebagai dunia masa hadapan dan perubahan yang semakin pesat/meningkat.
Barangan, modal dan tenaga buruh kini bergerak/beroperasi di seluruh dunia pada kadar yang lebih pantas. Inovasi teknologi kini membentuk semula perdagangan dan industri dalam semua sektor, serta kerja dan gaya hidup masyarakat. Perubahan ini akan berlaku sehingga ke peringkat global dan akan membentuk semula perniagaan melalui cara pemikiran dan operasi yang baru. Oleh itu, PKS yang merebut peluang melalui Megatrends akan terus meningkat dalam perniagaan dan kekal relevan.
 
 
index.png
industry.png
 Walau bagaimanapun, bagi menyelaraskan PKS untuk bergerak ke arah trend terkini yang dapat membantu meningkatkan perniagaan mereka, terdapat beberapa isu yang turut dihadapi oleh PKS. Tekanan kos dan aliran tunai merupakan isu utama yang dihadapi oleh PKS. Berdasarkan kaji selidik SME Corp. Malaysia pada suku pertama 2017, sebanyak 66.1% daripada PKS menghadapi peningkatan kos operasi, 63.6% bimbang dengan peningkatan kos yang tinggi dalam menjalankan perniagaan, 34.7% menghadapi masalah aliran tunai dan sebanyak 10.3% menghadapi masalah pembayaran semula. Sesetengah PKS juga menghadapi cabaran dalam akses kepada pembiayaan terutamanya dengan adanya bidang pertumbuhan baru seperti greentech, cleantech dan Internet of Things (IOT). Terdapat juga pelbagai cabaran yang dihadapi oleh PKS terutamanya di mana majoriti (40%) PKS berpendapat bahawa mereka tidak memerlukan penggunaan internet dalam perniagaan mereka (berdasarkan kajian FMM melalui PKS pada tahun 2016 yang dilakukan oleh Universiti Monash).

Oleh itu, PKS perlu dididik tentang kepentingan menuju ke Industri 4.0 dan bukannya terus berkekalan di dalam perniagaan konvensional. Manfaat dan kelebihan industri yang menuju ke Industri 4.0 adalah peningkatan dari segi fleksibiliti, peningkatan dalam produktiviti, peningkatan dalam kecekapan dan dapat mengurangkan masa dalam sesuatu proses pasaran. Selain itu, lebih banyak aktiviti penyelidikan dan demonstrasi (R&D&D) dan potensi untuk membangunkan kemahiran dan bakat baru dapat dipertingkatkan di peringkat global.

PKS juga perlu peka bahawa Kerajaan sedang merangka rangka kerja kebangsaan mengenai IR 4.0 untuk mempergiatkan lagi industri tersebut. Pada Mei 2017, Ahli Kabinet telah menugaskan MITI, MOSTI dan MOHE untuk menjayakan inisiatif ini. Pasukan Petugas Peringkat Tinggi (HLTF) yang diketuai oleh MITI dengan ahli-ahli dari Kementerian dan Agensi yang berkaitan telah ditubuhkan sejak Mac 2017 untuk menerajui pembangunan Kerajaan ini secara menyeluruh.



Peranan jawatankuasa ini adalah untuk mengenal pasti cabaran, menganalisis jurang sedia ada dan mencadangkan tindakan yang perlu diambil dengan sewajarnya. Cadangan tersebut kemudiannya akan dimasukkan ke dalam keseluruhan Rangka Dasar Kebangsaan Industri 4.0. MITI dan agensinya dengan kerjasama Kementerian dan Agensi yang berkaitan akan turut menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai Industri 4.0. Terdapat dua program utama yang telah dilaksanakan sehingga ke peringkat kebangsaan iaitu pada 2 Mei 2017 dan 15 Jun 2017. Terdapat beberapa lagi program yang masih dalam peringkat perancangan termasuk di peringkat negeri dan serantau.

Sektor pembuatan di Malaysia secara keseluruhannya adalah berbeza dari segi masa kini terutamanya bagi pengeluaran besar-besaran dan automasi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa industri yang sedang beralih ke arah Industri 4.0. Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK 11) (2016-2020) telah mengenal pasti tiga pemangkin utama iaitu (E&E, M&E dan Kimia) serta dua pertumbuhan baru (Aeroangkasa dan Peralatan Perubatan) sebagai pemacu perubahan untuk sektor perkilangan. Sektor ini akan diberikan fokus utama bersama sektor lain seperti automotif, petrokimia, tekstil dan perkhidmatan.

Di samping itu, Kerajaan juga telah komited dalam mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing terutamanya dalam sektor perkilangan. Pengunaan teknologi baru boleh memastikan syarikat lebih cekap dan produktif selaras dengan trend global masa kini. PKS perlu tahu bahawa pengambilan pekerja buruh tidak dapat menyelesaikan masalah bagi jangka masa panjang dan keberangkalian dalam melakukan kesalahan oleh pekerja asing dapat mengurangkan kualiti produk yang dihasilkan. Oleh itu, penerapan Industri 4.0 dalam sesuatu perniagaan itu akan dapat meningkatkan kecekapan dan secara  tidak langsung dapat mengurangkan kecacatan pada sesuatu hasil produk.

Oleh itu, PKS tidak perlu risau untuk memulakan transformasi digital kerana trend global telah menunjukkan syarikat-syarikat yang yang telah beralih kepada penggunaan teknologi mempunyai kelebihan dan peluang yang lebih tinggi untuk kekal relevan dan berjaya dalam perniagaan terutamanya bagi jangka masa yang panjang.

Sumber: Laman web MITI dan kaji selidik SME Corp. Malaysia 2017

images.png

Footer Logo - BM

Lawatan hari ini:

Jumlah lawatan: