Header Font Sizer

A- A A+

Header Color Change

     

Choose your language

EKSPORT

Tip Untuk Eksport

01
Pertama sekali, perlu ambil masa untuk menentukan sama ada perniagaan eksport adalah untuk anda
02
Pastikan kesediaan syarikat untuk ekspot dari segi sumber kewangan, kakitangan yang berdedikasi, panduan jualan yang bersesuaian, kad perniagaan, senarai harga, laman web serta pendaftaran Harta Intelek (IP)
03
Memahami peraturan pasaran semasa menjalankan perniagaan, terutamanya mengenai isu-isu seperti ekspot duti dan kertas kerja. Membuat lawatan ke pasaran yang berpotensi dan atau berjumpa dengan calon wakil pengedar atau wakil anda adalah lebih baik untuk mengenal pasti potensi perniagaan anda.
04
Membuat penyelidikan pasaran boleh membantu anda mengenal pasti pasaran sasaran yang tepat, pesaing anda di pasaran, pelanggan, saluran pengedaran serta cara terbaik untuk mempromosikan produk anda
05
Sediakan satu pelan perniagaan eksport kerana dokumen ini dapat membantu di dalam menyokong permohonan pinjaman, menggariskan secara terperinci arah perniagaan, juga menerangkan kekuatan syarikat - dan yang lebih penting - membantu untuk menetapkan nilai kepada perniagaan anda.
06
Memulakan pemasaran yang berkesan bagi menetapkan perniagaan anda berbeza dengan pesaing lain
07
Memilih saluran pengedaran dan strategi kemasukan pasaran yang betul.
08
Mengenal-pasti mekanisme penentuan harga eksport yang paling sesuai untuk perniagaan mereka.
09
Memeterai perjanjian pengedaran antara pengeksport dan pengedar negara (pembeli / pengimport / penjual semula luar negeri) bagi mengelak sebarang salah faham pada masa akan datang.
10
Berunding dan membuat tindakan susulan dengan pelanggan bagi menjamin pesanan muktamad, mengekalkan kesetiaan pelanggan serta mengekalkan kewujudan perniagaan.
11
Berusaha untuk mengetahui proses dokumentasi eksport yang diperlukan bagi mengeksport produk atau perkhidmatan anda, berkemungkinan ia berbeza mengikut industri tertentu dan / atau pasaran antarabangsa.
12
Mempunyai pemahaman yang baik mengenai kepelbagaian kaedah pembayaran adalah penting untuk memastikan anda memilih terma pembayaran yang paling sesuai di dalam urusan perniagaan serta anda akan menerima bayaran selepas urusan tersebut. Anda juga perlu mempunyai pemahaman yang baik dalam kadar tukaran wang antarabangsa kerana turun naik sesuatu matawang boleh menjejaskan keuntungan dan harga yang ditawarkan.

Footer Logo - BM

Lawatan hari ini:

Jumlah lawatan: