Header Font Sizer

A- A A+

Header Color Change

     

Choose your language

Perlesenan

 

Siapakah Setiausaha Syarikat?

Sebuah syarikat perlu mempunyai sekurangkurangnya satu setiausaha syarikat yang dilantik oleh Lembaga Pengarah di mana;
Syarikat boleh melantik Setiausaha Syarikat sama ada melalui dalaman atau perkhidmatan luaran
akta-ssm-2001.png

Siapakah Pegawai Pematuhan?

Pegawai pematuhan mestilah sama ada dari kalangan rakan kongsi PLT atau orang yang berkelayakan untuk bertindak sebagai setiausaha di bawah Akta Syarikat 2016, iaitu:

pegawai-pematuhan.png

Tanggungjawab utama Pegawai Pematuhan adalah seperti berikut:

1
Mendaftarkan sebarang perubahan dalam butiran PLT yang didaftarkan;
2
Memelihara dan mengekalkan pendaftaran PLT dan rekod berkaitan;
3
Memastikan penerbitan nama PLT adalah selaras dengan peruntukan Akta: dan
4
Seorang pegawai pematuhan secara peribadinya perlu bertanggungjawab terhadap semua penalti termasuk penalti pentadbiran yang dikenakan ke atas PLT melainkan jika dia boleh membuktikan dia tidak bertanggungjawab.

Adakah anda tahu bahawa anda boleh mendapatkan maklumat pendaftaran perniagaan dan perlesenan semudah 1-2-3?

Portal MalaysiaBiz menyediakan ‘platform akses tunggal’ untuk usahawan mendapatkan maklumat tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan serta pendaftaran perniagaan dan permohonan lesen/ permit daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

malaysiabiz.png
fungsi-cap-dagangan.png

Kepentingan Pendaftaran Cap Dagangan

Keistimewaan Hak Cipta Intelektual melalui cap dagangan boleh dicapai melalui
penggunaan sebenar di pasaran dan pendaftaran menyediakan:
exclusive-rights.jpg

Hak Eksklusif

Pemilik cap dagangan yang berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan cap dagangan mereka dalam perniagaan. Mereka juga mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi salah laku penggunaan cap dagangan mereka oleh pihak lain.

Pemilik boleh mengambil tindakan undang-undang sivil atau mengemukakan laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan untuk menjalankan tindakan bersesuaian di bawah Akta Perihal Perdagangan 1972.
legal-evidence.jpg

Bukti Perundangan

Pemilik cap dagangan yang berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan cap dagangan mereka dalam perniagaan. Mereka juga mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi salah laku penggunaan cap dagangan mereka oleh pihak lain.

Pemilik boleh mengambil tindakan undang-undang sivil atau mengemukakan laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan untuk menjalankan tindakan bersesuaian di bawah Akta Perihal Perdagangan 1972.

Perakuan pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar adalah bukti perundangan berkaitan pemilikan sesuatu cap dagangan.

Sijil pendaftaran berfungsi sebagai dokumen penting sebagai pengesahan barangan untuk dieksport ke luar negara

Tempoh Cap Dagangan

Pendaftaran cap dagangan adalah sah selama tempoh 10 tahun daripada tarikh permohonan dan boleh diperbaharui.

Usahawan boleh mendaftar cap dagangan sebagai jenamanya sendiri melalui aplikasi permohonan di atas talian: www.myipo.gov.my.

Proses Mendaftar Cap Dagangan

Keperluan umum pendaftaran, lesen dan permit untuk memulakan perniagaan

Tahukah Anda?

Akta Syarikat 2016 yang dikuatkuasakan pada 31 Januari 2017 adalah lebih mudah, senang dan murah untuk usahawan mendaftarkan sesebuah syarikat.

  • Kini, sebuah syarikat boleh ditubuhkan dan beroperasi dengan seorang individu atau pemegang saham korporat dan hanya seorang pengarah urusan sahaja diperlukan (di mana individu tersebut boleh juga menjadi pemegang saham tunggal syarikat tersebut).
  • Syarikat-syarikat tidak lagi perlu menyatakan jumlah modal saham yang dibenarkan.
  • Tidak ada borang yang banyak - Penama / Pengarah boleh menubuhkan sebuah syarikat.
  • Perlantikan setiausaha syarikat semasa penubuhan syarikat adalah pilihan. Setiausaha perlu dilantik dalam tempoh masa 30 hari selepas penubuhan syarikat.
  • Memorandum Pertubuhan (MoA) dan Artikel Pertubuhan (AoA) semasa penubuhan syarikat adalah pilihan.
  • Meterai adalah pilihan. Sekiranya syarikat memutuskan untuk mempunyai Meterai, peruntukan undang-undang perlu dipatuhi.
  • Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi sebuah syarikat swasta boleh dijalankan dengan kos yang lebih rendah dengan cara meluluskan resolusi bertulis, ini adalah langkah-langkah kos efektif, dan juga notis mesyuarat boleh dihantar secara elektronik.
  • Sebuah syarikat boleh memilih untuk tidak menentukan objektifnya - kapasiti tidak terhad untuk menjalankan apa-apa aktiviti komersial yang sah.
  • Semua saham yang diterbitkan tidak mempunyai nilai nominal atau nominal - memudahkan akaun syarikat dan penyata kewangan serta lebih banyak fleksibiliti dalam menentukan harga saham dan menaikkan modal.
 
Maklumat di atas betul pada 13 Februari 2018.

Sumber: StartMeUp - Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Footer Logo - BM

Lawatan hari ini:

Jumlah lawatan: