Header Font Sizer

A- A A+

Header Color Change

     

Choose your language

4 Fungsi Asas Sumber Manusia dalam Perniagaan Peringkat Permulaan

Pengambilan. Pembayaran Gaji. Pengekalan. Pemberhentian.

4 Fungsi Asas Sumber Manusia dalam Perniagaan Peringkat Permulaan

Pengurusan Sumber Manusia (PSM) adalah penting bagi semua perniagaan tanpa mengira saiz perniagaan tersebut. Apa yang mungkin berbeza bagi perniagaan peringkat permulaan adalah seberapa besar pasukan sumber manusia dan mekanisma operasinya. Untuk perniagaan peringkat permulaan, empat fungsi asas sumber manusia adalah:

I. Mengambil pekerja yang betul untuk tugasan yang betul

Bagi perniagaan peringkat permulaan, kesilapan dalam pengambilan pekerja boleh menyebabkan kerugian dan menjejaskan perniagaan. Antara langkah untuk mengurangkan kesilapan dalam pengambilan pekerja ialah:

  1. Mencari calon pekerja melalui laman sesawang kerjaya atau mengiklankan jawatan kosong tersebut di laman sesawang syarikat. Ianya adalah satu permulaan yang baik dan akan membantu anda mencari calon yang sesuai.
  2. Lihat kepada kualiti tingkah laku calon pekerja. Soalan berkaitan tingkah laku calon semasa sesi temu duga akan membantu anda menjangkakan tindak balas calon semasa bekerja di bawah faktor tekanan dan prestasinya apabila bekerja di syarikat anda kelak.
  3. Individu yang berkebolehan sangat diperlukan. Jika anda telah bersedia untuk menawarkan kontrak pekerjaan, hubungi calon yang berjaya sebelum orang lain merebut mereka!
  4. Keputusan Pengambilan Berstrategik
  5. Kontrak Perkhidmatan perlu ditandatangani apabila anda bersetuju untuk mengambil seorang pekerja. Ini adalah kontrak undang-undang di antara pekerja dengan syarikat anda. Terma dan syarat bagi kedua-dua pihak perlu dinyatakan dengan jelas dalam dokumen ini dan ianya hendaklah selari dengan Akta Kerja 1955 (Pindaan, 2012).
Keputusan Pengambilan Berstrategik

II. Membayar Gaji Mereka

Sebagai sebuah perniagaan peringkat permulaan, anda boleh menguruskan proses penggajian secara sendiri, menggunakan perisian penggajian atau menggunakan templat daripada microsoft excel. Keputusan asas perlu dibuat berdasarkan perkara seperti berikut:

  1. Adakah pekerja anda sepenuh masa, separuh masa atau kontraktor bebas?
  2. Apakah tempoh penggajian anda?
  3. Apakah terma dan faedah pampasan sedia ada contohnya bonus, komisyen dan kerja lebih masa?
  4. Adakah semua pekerja mempunyai akaun bank tersendiri bagi pembayaran gaji secara langsung?


Format Pengurusan Gaji

III. Mengekalkan pekerja yang berkebolehan

Mengekalkan pekerja berkebolehan bagi perniagaan peringkat permulaan adalah sangat mencabar kerana anda tidak boleh menawarkan gaji yang tinggi dan manfaat yang besar. Bagaimanakah anda boleh bersaing dengan syarikat lain yang lebih mampu?

a. Faktor terpenting ialah anda membayar gaji pekerja yang setimpal dengan kerja yang ditawarkan, serta menawarkan manfaat asas seperti pelan simpanan persaraan dan insurans kesihatan. Di samping itu, kebanyakan pekerja terutamanya generasi muda bersedia untuk mengorbankan gaji yang lebih tinggi untuk mendapatkan keadaan kerja yang lebih fleksibel seperti:

Salah satu kaedah untuk mengekalkan pekerja berkebolehan tanpa melibatkan kos yang tinggi adalah dengan memberi penghargaan apabila mereka bekerja dengan baik. Harus diingat bahawa kos untuk mengambil pekerja baru adalah lebih besar jika dibandingkan dengan mengekalkan pekerja sedia ada yang terlatih.

b. Mengekalkan pekerja berkebolehan juga perlu mengambilkira tahap prestasi pekerja tersebut. Pekerja baharu mungkin telah menjalani beberapa sesi latihan untuk mendapatkan pengetahuan mengenai skop kerja, kemahiran serta kompetensi berkaitan. Syarikat perlu membuat penilaian untuk menentukan kesesuaian pekerja tersebut. Bagi perniagaan peringkat permulaan, penilaian prestasi kerja adalah lebih mudah dan langsung dengan beberapa kriteria tertentu.

Contoh Borang Penilaian Pekerja

IV. Menguruskan pemberhentian pekerja

Pasti ada pekerja yang akan meninggalkan syarikat, sama ada melalui perletakan jawatan atau pemecatan.

Terdapat 3 jenis pemberhentian pekerja :

  • Pemberhentian oleh majikan atau pemecatan
  • Pemberhentian oleh pekerja atau perletakan jawatan
  • Pemberhentian secara automatik
Perbezaan antara perletakan jawatan dan pemecatan jawatan
Maklumat di atas betul pada 13 Februari 2018.

Sumber: StartMeUp - Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Footer Logo - BM

Lawatan hari ini:

Jumlah lawatan: