Header Font Sizer

A- A A+

Header Color Change

     

Choose your language

MAjlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK)

Latar Belakang

Sejak 2004, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah menjadi badan pembuat dasar tertinggi dengan fungsi strategiknya yang merangkumi pembangunan PKS secara menyeluruh dan terselaras merentas kesemua sektor ekonomi di Malaysia. Oleh kerana penekanan dan tumpuan yang lebih meluas telah diberikan terhadap pembangunan keusahawanan, Majlis ini telah dijenamakan semula sebagai Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK). Penjenamaan semula ini telah diumumkan dan dipersetujui bersama melalui mesyuarat pertama yang telah berlangsung pada 8 April 2019.

Majlis ini terdiri daripada 20 orang ahli yang berkaitan:

  1. Perdana Menteri sebagai Pengerusi;
  2. Menteri Pembangunan Usahawan;
  3. Menteri Hal Ehwal Ekonomi;
  4. Menteri Kewangan;
  5. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
  6. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;
  7. Menteri Sumber Manusia;
  8. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim;
  9. Menteri Pembangunan Luar Bandar;
  10. Menteri Pendidikan;
  11. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia;
  12. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;
  13. Menteri Industri Utama;
  14. Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat;
  15. Menteri Komunikasi dan Multimedia;
  16. Menteri Belia dan Sukan;
  17. Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Sabah;
  18. Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak;
  19. Ketua Setiausaha Negara; dan
  20. Gabenor Bank Negara Malaysia
Dalam usaha untuk mencapai sasaran sebanyak 41% sumbangan KDNK oleh PKS seperti yang digariskan dalam Pelan Induk PKS 2012-2020, Majlis ini telah meluluskan lapan (8) cadangan dan langkah baharu untuk meningkatkan lagi pertumbuhan tahunan dan sumbangan KDNK oleh PKS, iaitu:
  • Memperhebatkan pendigitalan oleh PKS
  • Meningkatkan integrasi PKS ke dalam rantaian bekalan negara
  • Meningkatkan lebih banyak PKS yang mempunyai pertumbuhan tinggi melalui insentif yang ditawarkan
  • Melonjakkan tahap kesediaan dan daya saing PKS untuk menerapkan teknologi dan model perniagaan innovative-disruptive-compelling
  • Memudahkan mekanisme pembiayaan alternatif untuk PKS
  • Mengembalikan rantaian nilai PKS di luar negara ke Malaysia
  • Memacu pertumbuhan, mengukuhkan dan menggalakkan eksport gerbang pembayaran tempatan dan teknologi kewangan (fintech) oleh PKS
  • Meningkatkan penyertaan PKS dalam rantaian industri pelancongan
Berdasarkan Rangka Kerja Keusahawanan Nasional (NEF) yang selari dengan lapan (8) langkah cadangan untuk meningkatkan lagi pertumbuhan PKS, Dasar Keusahawanan Nasional (NEP) telah dirangka bagi mewujudkan ekosistem keusahawanan yang komprehensif, inklusif dan holistik untuk PKS di negara ini.

 

Footer Logo - BM

Lawatan hari ini:

Jumlah lawatan: