Header Font Sizer

A- A A+

Header Color Change

     

Choose your language

BERNIAGA SECARA ATAS TALIAN

Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Menjual Produk Secara Atas Talian di Malaysia

Langkah 1: Menyediakan Pelan Perniagaan yang ringkas

Sila rujuk Bab 3: Memulakan Perniagaan, Format Pelan Perniagaan untuk mendapatkan template Pelan Perniagaan anda

kepentingan-menyediakan-pelan-perniagaan.png
picture3.png

Langkah 2: Mendaftarkan Perniagaan

Sila Panduan Proses Pendaftaran Perniagaan bagi mengetahui bagaimana untuk mendaftarkan perniagaan anda.




"Semua peniaga atas talian yang menjalankan perniagaan melalui pasaran atau e-dagang wajib mendaftar dengan pihak SSM sebelum Disember 2017. SSM akan memberikan tempoh masa selama 30 hari untuk peniaga mendaftarkan perniagaan mereka selepas perniagaan di platform e-dagang memperoleh keuntungan. Peniaga yang gagal untuk mendaftarkan perniagaan mereka akan disingkirkan daripada platform atas talian tersebut. Tindakan juga akan diambil di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ke atas peniaga yang tidak mendaftar dan jika disabitkan bersalah akan dipenjara selama 2 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya."

YBhg. Datuk Zahrah

Abd Wahab Fenner

Ketua Pegawai Eksekutif SSM

29 Mei 2017

Langkah 3: Memutuskan cara untuk memulakan jualan atas talian

(A) Menjual di pasaran atas talian seperti Lazada,11Street dan Shopee

(B) Membina laman web e-dagang anda sendiri untuk menjual produk anda

(C) Mempunyai akaun media sosial di Instagram atau Facebook untuk menjual produk anda
10-kesilapan-besar-berniaga-atas-talian.png
picture4.png
picture1.png

Lambang BizTrust

Lambang ini merupakan jaminan dan logo simbolik yang mengesahkan perniagaan dalam talian telah memenuhi prinsip dan kriteria SSM Biz Trust. Usahawan yang berjaya memperolehi lambang ini boleh memaparkannya di laman web perniagaan mereka dan lambang ini mempunyai pautan menyambungkan pelawat kepada laporan serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan di laman web SSM.

Sumber: https://biztrust.ssm.com.my/about-biztrust.

Bagaimana ingin menjadikan perniagaan anda boleh dipercayai?

Kredibiliti adalah salah satu faktor yang penting dalam memastikan kejayaan perniagaan dalam talian. Sekiranya sesuatu jenama mempunyai kredibiliti yang kukuh, ianya akan dapat membantu perniagaan untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan mereka.

Secara tidak langsung ianya juga akan mewujudkan persepsi positif secara berterusan dan perniagaan akan mendapat manfaat daripadanya dalam jangka masa panjang.

Selaras dengan teknologi yang semakin berkembang pesat serta sistem penghantaran barangan yang lebih sistematik, perniagaan dalam talian semakin berkembang dengan rancak di Malaysia. Kerajaan melalui kementerian dan agensi yang berkaitan juga giat mempromosikan perniagaan dalam talian melalui pelbagai program yang dianjurkan.

SSM BizTrust merupakan salah satu program yang dijalankan bagi membantu memperkukuh perniagaan dalam talian yang diusahakan oleh usahawan tempatan untuk terus berkembang bukan sahaja di pasaran domestik malahan di peringkat antarabangsa. Program ini menetapkan piawaian yang perlu dipatuhi oleh usahawan yang menjalankan perniagaan dalam talian dan mereka yang telah memenuhi kriteria yang menekankan aspek amanah akan diberi pengiktirafan. Kriteria lain yang ditetapkan termasuklah pendaftaran perniagaan, keselamatan dalam talian, serta perlindungan data dan maklumat.
Maklumat di atas betul pada 13 Februari 2018.

Sumber: StartMeUp - Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Footer Logo - BM

Lawatan hari ini:

Jumlah lawatan: