Header Font Sizer

A- A A+

Header Color Change

     

Choose your language

MEMULAKAN PERNIAGAAN

Membentuk perniagaan yang berjaya

Anda telah merekabentuk dan menganalisa model perniagaan yang bakal dijalankan, untuk dijadikan sebagai asas kepada pelan perniagaan anda. Secara umumnya, pelan perniagaan adalah versi yang lebih terperinci kepada model perniagaan anda. Ia terdiri daripada maklumat organisasi, model operasi, analisa kewangan, maklumat industri perniagaan, langkah perlaksanaan dan analisa risiko. Pelan perniagaan adalah penting bagi permulaan perniagaan. Anda disarankan untuk meneliti pelan perniagaan anda bersama-sama dengan pihak lain seperti kaunselor perniagaan, rakan kongsi atau kenalan.

Secara asasnya, pelan perniagaan dibina berdasarkan kepada teori 4Ws dan 1H (Who, What, Why, Where & How) (Siapa, Apa, Kenapa, Di Mana dan Bagaimana) dan teori 7Ps (Product, Price, Place, Promotion, People, Process & Physical) (Produk, Harga, Tempat, Promosi, Orang, Proses dan Fizikal). Kaedah mengenal pasti peluang yang ada berdasarkan teori-teori ini akan membantu anda bermula dari tempat yang betul.

Maklumat di atas betul pada 13 Februari 2018.

Sumber: StartMeUp - Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Footer Logo - BM

Lawatan hari ini:

Jumlah lawatan: