Header Font Sizer

A- A A+

Header Color Change

     

Choose your language

Pengurusan Perhubungan Pelanggan

 

Pengurusan Perhubungan Pelanggan boleh ditakrifkan sebagai kaedah komunikasi dan berurusan dengan pelanggan sedia ada serta pelanggan baru yang berpotensi. Berikut merupakan antara kaedah efektif dan panduan untuk membuat susulan kepada pelanggan anda:

pengurusan-perhubungan-pelanggan.png
format-rekod-pelanggan.png

Format Pelan Pemasaran

Social media template

format-crm-2.jpg

7 Kaedah Komunikasi dalam Promosi

1
Perkhidmatan Pelanggan: Menyediakan maklumat produk atau perkhidmatan dan promosi secara terperinci kepada pelanggan
2
Jualan Peribadi: Interaksi bersua muka dengan pelanggan untuk menjamin jualan
3
Pengiklanan : Menggunakan satu medium (papan iklan, poster, brosur) melalui saluran media (elektronik, kertas) supaya masyarakat umum mengetahui tentang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan
4
Promosi Jualan: Menggunakan tawaran istimewa (sampel, hadiah percuma) atau pembungkusan yang menarik perhatian pelanggan
5
Pemasaran Secara Langsung: Maklumat berkaitan produk atau perkhidmatan disalurkan kepada pelanggan melalui media sosial, mesej atau emel
6
Pemasaran Berinteraktif: Membantu pembelian secara atas talian (melalui telefon atau laman web) untuk membantu pelanggan mencari produk atau perkhidmatan yang terbaik
7
Perhubungan Awam: Membina perhubungan yang baik dengan pelanggan serta menggunakan teknik mempengaruhi supaya produk atau perkhidmatan anda berjaya dijual kepada pelanggan tersebut
Maklumat di atas betul pada 13 Februari 2018.

Sumber: StartMeUp - Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Footer Logo - BM

Lawatan hari ini:

Jumlah lawatan: