Header Font Sizer

A- A A+

Header Color Change

     

Choose your language

Hab PKS

Kami Bersedia Membantu

habpks.jpg
Hab PKS (dahulunya dikenali sebagai One Referral Centre (ORC) bermatlamat untuk memperkasakan PKS dengan maklumat serta pengetahuan yang terperinci dalam pembangunan PKS. Sebelum ini, kaedah mendapatkan maklumat tentang keusahawanan adalah terhad. Dengan adanya Hab PKS, PKS boleh mengakses maklumat yang relevan dalam talian dan di luar talian. Di samping itu, untuk memastikan inisiatif ini meliputi PKS di kawasan luar bandar, SME Hub-On Wheels telah dibangunkan untuk membantu menyediakan khidmat nasihat perniagaan kepada PKS yang terletak di kawasan luar bandar.

Maklumat yang disalurkan dalam inisiatif ini tidak terhad kepada program-program yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia, malah meliputi organisasi serta Agensi Kerajaan lain seperti SSM, MARA, BNM, Telekom Malaysia dan Pos Malaysia.

Hab PKS merupakan platform untuk PKS dan para usahawan untuk mendapatkan maklumat, mempelajari amalan terbaik perniagaan dan mendapatkan maklumat penting mengenai permulaan perniagaan, akses pasaran, pembangunan modal insan, sumber kewangan, pengetahuan industri serta pelbagai aspek perniagaan lain.
Senarai perkhidmatan yang disediakan di Hab PKS merangkumi:
  • Perkhidmatan Khidmat Nasihat Perniagaan
  • Pautan Hab PKS (kerjasama dengan Agensi Kerajaan dan organisasi lain)
  • Pocket Talks
  • Pusat Maklumat (Info Mail, info line)
  • Pusat Sumber
  • Galeri produk PKS
  • Virtual SME Hub (laman web SME Corp. Malaysia, SME Info Portal)
.

Kunjungi kami di:

Aras 4, SME 1, Blok B
Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR

Telefon: 03-2775 6000
Faks : 03-2775 6001

Waktu Operasi

Isnin hingga Jumaat
9.00 am - 5.00 pm

Sebarang persoalan, sila hubungi: 
1-300-30-6000 (Info line)

Footer Logo - BM

Lawatan hari ini:

Jumlah lawatan: