.
 

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa Kaum India (SPEDI)

Cetak


Bantuan Kewangan

Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank):

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa Kaum India (SPEDI)

Objektif
Membantu pengusaha-pengusaha tembikar kaum India Malaysia di luar bandar mendapatkan pinjaman untuk menjalankan perusahaan mereka.

Kadar pembiayaan maksimum : 5% setahun

Tempoh pembiayaan maksimum : 5 tahun

Jumlah pembiayaan maksimum : RM40,000

Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
SME Bank

Syarat kelayakan

  • Pengusaha mestilah terdiri daripada kaum India warganegara Malaysia sahaja

  • Syarikat perseorangan,perkongsian atau syarikat yang dimiliki 100% kaum India warganegara Malaysia

  • Pengusaha perseorangan hendaklah berumur kurang daripada 55 tahun

  • Keutamaan diberi kepada perusahaan bertempat di luar bandar dan tapak projek mestilah di luar kawasan rumah kediamannya

  • Pengusaha menjalankan perniagaannya sepenuh masa

Tujuan pembiayaan pinjaman
Untuk pembelian mesin/peralatan dan/atau modal kerja

Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
Industri tembikar

Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada SME Bank

Hubungi
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
Menara SME Bank Malaysia
Jalan Sultan Ismail
Peti Surat 12352
50774 Kuala Lumpur
Tel : 03-2615 2020
Faks : 03-2698 8077
Laman Web : www.smebank.com.my

 
Print
Share

Delicious

 
Best Viewed with resolution of 1024 x 768 (higher) and
supports Internet Explorer 7.0+ , Firefox 2.0+ ,Google Chrome, and Safari
© SME Corporation Malaysia, 2011. All Rights Reserved.
You are visitor no: 428703
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer